Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jemaah S’pura sihat, dapat sesuaikan dengan cuaca panas

Jun 27, 2023 | 07:25 PM



Jemaah haji dari Singapura sihat dan keadaan mereka memuaskan, kata ketua delegasi haji Singapura, Encik Saat A. Rahman.

Mengulas lebih lanjut, Encik Saat memberitahu Berita Harian (BH) jemaah Singapura secara amnya dapat menyesuaikan diri dengan baik di Arab Saudi meski cuaca panas terik.


“Cuaca di sini amat panas dan mencecah suhu yang agak tinggi, namun para jemaah kita dapat menyesuaikan diri dan semua persiapan dapat dijalankan dengan baik dan lancar,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, ketua Pasukan Perubatan Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) , Dr Fatimah Lateef, berkata:

“Setakat ini, keadaan kesihatan jemaah Singapura memuaskan secara purata.

“Di klinik, kita telah merawat kira-kira 40 hingga 60 pesakit setiap hari dengan masalah-masalah yang kecil seperti jangkitan saluran pernafasan, cirit-birit, kulit kering dan sebagainya.

“Ada dua, tiga kes yang diagnosisnya lebih serius, yang telah kami tangani secara awal dan dengan prihatin.”

Dr Fatimah menambah bahawa para jemaah juga telah diberitahu tentang penyakit atau keadaan yang mungkin dihadapi dek cuaca panas.

Bahkan, ini telah dilakukan semasa taklimat di Singapura sebelum mereka berangkat ke tanah suci.

Menjelaskan, beliau berkata dalam cuaca panas, jemaah boleh terkena dehidrasi, jangkitan saluran pernafasan seperti paru-paru basah, selesema, batuk, demam dan sebagainya.

Selain itu, jika mereka tidak minum air secukupnya, mereka boleh dapat jangkitan pundi kencing dan sembelit, katanya.

“Mereka yang datang ke klinik, kami sudah beri mereka nasihat dan arahan cara untuk mereka menghidrasikan diri mereka dan memilih makanan-makanan yang sewajarnya supaya mereka dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti ini.

“Bagi kulit kering pula, kami beri krim untuk disapu jadi lembab dan tidak sakit bila mereka perlu jalan jauh.

“Bagi sakit-sakit sendi atau otot, kami beri ubat yang ringkas seperti panadol untuk mengurangkan sakit agar mereka dapat fokus terhadap ibadah,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Encik Saat berkata pejabatnya telah bekerjasama dengan ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) untuk memastikan semuanya berjalan lancar bagi para jemaah.

“Pada keseluruhannya, memandangkan jemaah kita sudah bersiap-sedia, jadi tidak ada sebarang masalah besar,” katanya.

Dalam pada itu, seorang jemaah wanita Singapura berusia 61 tahun telah meninggal dunia di Hospital Mina Alwadi pada Selasa (waktu Saudi). Difahami, beliau mengalami serangan jantung.

Menjawab pertanyaan BH, SPAO berkata keluarga wanita itu telah dimaklumkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >