Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jenayah penipuan naik 16% kepada 8,403 Jan-Jun

Berbanding tempoh sama tahun lalu sebanyak 7,247
Aug 31, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai orang menjadi mangsa penipuan dalam separuh pertama tahun ini dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.



Jenayah penipuan mencatatkan peningkatan sebanyak 16 peratus kepada 8,403 di antara Januari dengan Jun, berbanding tempoh yang sama tahun lalu iaitu 7,247.



Perangkaan jenayah yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) semalam mendedahkan jumlah yang ditipu daripada 10 kategori penipuan tertinggi melonjak kepada $168 juta berbanding hanya $63.5 juta tahun lalu.



Menurut polis, jenayah penipuan menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kadar jenayah secara keseluruhan yang dilaporkan sebanyak 19,444 kes, naik 11.2 peratus dari Januari hingga Jun, berbanding 17,492 kes pada tempoh yang sama.



"Golongan penipu terus mengembangkan taktik mereka dan telah memanfaatkan keadaan Covid-19 untuk mengambil kesempatan terhadap kerentanan dan ketidakpastian yang dirasakan mangsa mereka," kata polis.



Penipuan hutang, penipuan e-dagang, penipuan pelaburan dan penipuan pekerjaan menjadi antara jenis penipuan yang masih "membimbangkan" kerana ia membentuk lebih 54.8 peratus daripada 10 jenis penipuan tertinggi yang dilaporkan.



Dalam pada itu, jumlah kes yang dilaporkan bagi keempat-empat jenis penipuan ini meningkat sebanyak 34.9 peratus menurut polis.



Khususnya, penipuan hutang menyumbang kepada jumlah kes paling tinggi yang dilaporkan, dengan jumlah yang ditipu sebanyak $10.6 juta, berbanding $5.6 juta tahun lalu.



Ia memaparkan lonjakan sebanyak 55.4 peratus kepada 1,243 kes berbanding 800 kes pada tempoh separuh pertama tahun lalu.



Daripada 10 jenis penipuan tertinggi di Singapura, penipuan pekerjaan dan penipuan pelaburan merupakan antara yangmenunjukkan kenaikan ketara berbanding tahun sebelumnya.



Penipuan pelaburan bertambah tiga kali ganda kepada 1,054 daripada 351 kes pada enam bulan pertama tahun lalu. Jumlah yang ditipu secara keseluruhannya turut memaparkan peningkatan besar kepada $66.2 juta, berbanding $21.6 pada tahun sebelum itu.



Sementara itu, kes yang dilaporkan bagi penipuan pekerjaan melonjak kepada 658, lebih 16 kali ganda berbanding tahun lalu.



Jumlah yang ditipu secara keseluruhan ialah $6.5 juta berbanding hanya $60,000 yang ditipu pada 2020.



Menurut pakar psikologi utama polis, Cik Carolyn Misir, jenis penipuan yang dilakukan bergantung pada keadaan masa kini dan sentimen orang ramai.



Lantaran, kes penipuan banyak berlaku di tengah-tengah pandemik ini dengan penipuan e-dagang kekal menjadi keprihatinan selepas ia menjadi jenis penipuan kedua tertinggi.



Ini meskipun jumlah kes yang dilaporkan turun sebanyak 38.2 peratus kepada 1,141 kes pada separuh pertama tahun ini daripada 1,846 kes sewaktu tempoh yang sama.



"Namun selepas masa berlalu, dengan lebih ramai orang dibuang kerja, anda dapat menyaksikan lebih ramai yang terjerat dalam penipuan hutang, pelaburan dan pekerjaan," kata Cik Misir.



Menyusuli usaha polis dalam mengekang penipuan, sejak ditubuhkan pada Jun 2019, Pusat Antipenipuan polis (ASC) berjaya mendapatkan semula sekitar $127 juta - iaitu 33.8 peratus daripada jumlah keseluruhan yang ditipu - selepas bekerjasama dengan pihak bank dengan membekukan lebih daripada 17,000 akaun.



"Sebelum penubuhan ASC, kadar pemulihan (wang yang ditipu) hanya antara 3 dengan 8 peratus, berdasarkan penyelidikan dalaman kami sendiri," kata Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Aileen Yap.



Selain itu, pusat itu juga memanfaatkan teknologi untuk mengesan trend penipuan serata negara dan cuba memahami data yang diterima setiap hari di samping bekerjasama dengan rakan sejawat dari negara lain untuk menangani jenayah penipuan ini.



Di samping jenayah peniuan, jenayah rompakan, pecah rumah dan ragut berkurangan 40.5 peratus kepada 75 kes dalam separuh pertama tahun ini, daripada 126 kes tahun lalu.



"Separuh pertama tahun 2021 mencatatkan jumlah kes terendah yang dilaporkan bagi jenayah rompakan, pecah rumah, dan ragut berbanding tempoh yang sama 10 tahun lalu," menurut polis.




5 JENIS PENIPUAN DI SINGAPURA ANTARA JANUARI DENGAN JUN 2021



(1) PENIPUAN HUTANG

Jumlah kes dilaporkan

2021: 1,243 (naik 55.4%)

2020: 800



(2) PENIPUAN E-DAGANG

Jumlah kes dilaporkan

2021: 1,141 (turun 38.2%)

2020: 1,846



(3) PENIPUAN PELABURAN

Jumlah kes dilaporkan

2021: 1,054 (naik 200.3%)

2020: 351



(4) PENIPUAN MENYAMAR DI MEDIA SOSIAL

Jumlah kes dilaporkan

2021: 1,054 (turun 8.1%)

2020: 1,147



(5) PENIPUAN PEKERJAAN

Jumlah kes dilaporkan

2021: 658 (naik 1545%)

2020: 40



Nota: Perangkaan bagi Januari-Jun 2021 berbanding tempoh sama 2020.



Sumber: SPF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >