Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jerebu teruk rentas sempadan diramal pada separuh kedua 2023

Jun 22, 2023 | 03:37 PM



Terdapat risiko tinggi berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk pada 2023 di Indonesia, Malaysia, Singapura dan kawasan sekitarnya dengan cuaca lebih panas dan kering diramalkan, lebih-lebih lagi sedang El Nino yang lebih panas dijangka kembali, kata kumpulan pemikir Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) dalam laporan Haze Outlook terkininya.

Ini kali pertama laporan tahunan itu, yang telah diterbitkan sejak 2019, mengeluarkan amaran tahap merah atau berisiko tinggi, dan ini rata-rata disebabkan oleh ramalan musim kering yang teruk untuk separuh kedua 2023.

“Setiap ramalan menunjukkan cuaca pada 2023 akan menjadi lebih panas dan kering, dengan kembalinya El Nino,” kata laporan itu, menukil ramalan Pentadbiran Atmosfera dan Kelautan Kebangsaan Amerika Syarikat bahawa terdapat kemungkinan 84 peratus El Nino akan melepasi julat sederhana menjadi kuat.

Laporan itu menyebut kaitan antara kejadian jerebu pada 2015 dan 2019 dengan lonjakan dalam fenomena cuaca yang lebih kering daripada El Nino dan Dwikutub Lautan Hindi.

Amaran risiko tinggi akan diturunkan ke risiko pertengahan jika cuaca tidak sekering seperti yang diramalkan, kata laporan itu.

Pengerusi SIIA, Profesor Madya Simon Tay, yang mengarahkan laporan itu, berkata jerebu teruk itu akan serupa dengan apa yang dialami Singapura pada 2015 dan 2019, apabila jerebu tebal atau berlarutan selama beberapa hari.

Menjelaskan bagaimana cuaca menjejas perbezaan, Dr Tay berkata terdapat kebakaran kecil di kawasan panas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi cuaca yang lebih lembap bermakna “ia tidak merebak, ia tidak hilang kawalan, dan ia dibendung”.

Keadaan pasaran bagi barangan pertanian utama juga boleh merangsang lebih banyak kegiatan penanaman. Dengan komoditi pertanian mencapai paras tertinggi pada 2022 dan jualan biji kelapa sawit mencecah paras tertinggi dalam hampir sedekad, ini meningkatkan kemungkinan berlakunya amalan tebas dan bakar dijalankan dalam usaha untuk membersihkan tanah.

Laporan itu menambah: “Sedang penggunaan api (untuk membersihkan tanah) adalah menyalahi undang-undang di Indonesia, mungkin berlaku kelalaian seperti yang pernah berlaku pada masa lalu, terutamanya di kalangan pengusaha ladang (yang lebih kecil) yang dapat menjual produk mereka dalam pasaran gelap, tanpa sebarang pensijilan kemampanan.”

Laporan itu juga mengambil kira dasar pemerintah bagi mencegah kebakaran dan jerebu, dan menekankan komitmen pegawai dari Indonesia dan Malaysia memperbaiki sistem mereka untuk mengurus tanah dan sumber, dan untuk mencegah kebakaran dan penebangan hutan.

Dr Tay juga berkata terdapat kerjasama yang lebih positif di kalangan negara selatan Asean, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand, dengan menteri dan pegawai kanan mereka berkumpul di Singapura untuk mengadakan mesyuarat mengenai pencemaran jerebu rentas sempadan pada 8 Jun.

Beliau berkata: “Pada masa lalu, apabila terdapat situasi kecemasan seperti itu, kita melihat isyarat yang sangat bercanggah. Apabila kebakaran pertama bermula (kali ini), kami berharap dialog, perkongsian maklumat dan kerjasama ini akan diteruskan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >