Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jimat elektrik $50 sebulan

Sejak Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik (OEM) dilancarkan beberapa tahun yang lalu di sini, hampir separuh daripada 1.4 juta penghuni rumah telah bertukar kepada pembekal elektrik pilihan mereka. BERITA HARIAN (BH) berpeluang menemu ramah dua pemilik rumah yang sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan penjimatan yang telah diraih bersama pembekal baru mereka.
Dec 11, 2020 | 05:30 AM



SEJAK bertukar kepada pembekal elektrik baru pada Ogos lalu, bil elektrik Encik Syed Azhari Syed Hode kekal rendah.



Jika terdahulu bilnya boleh meningkat sehingga $110 atau lebih, kini beliau hanya perlu membayar $60 hingga $70 sebulan sahaja.



Encik Azhari,38 tahun, telah bertukar kepada pembekal PacificLight Energy dan mampu berjimat sekitar 30 peratus.



Beliau sendiri telah melakukan banyak tinjauan dan kajian serta membandingkan harga yang telah dipasarkan oleh pembekal sebelum membuat penukaran.



Namun baginya, PacificLight Energy telah memberikan kadar yang memuaskan dan menepati kehendak dan keperluan beliau sekeluarga.



Baginya, walaupun perlu mengikat kontrak selama 24 bulan, namun ianya tidak membimbangkan.



Encik Azhari berkata Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik (OEM) telah memberi pemilik rumah sepertinya pilihan pembekal yang rencam.



"Selama ini saya telah menggunakan SP Services dan dengan pengumuman OEM ini, saya rasa, banyak perubahan telah berlaku. OEM telah memberi pilihan yang luas bagi pemilik rumah seperti saya, untuk memilih sendiri pembekal elektrik yang mampu memenuhi permintaan dan kehendak keluarga saya," jelas Encik Azhari, seorang eksekutif kanan dalam industri perkilangan.



Bapa kepada seorang anak berusia empat tahun itu juga menyifatkan kadar yang diberikan oleh pembekal semuanya agak kompetitif dan berbagai.



Namun pelanggan sendiri perlu bijak memilih pembekal yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.



Encik Azhari berpendapat bagi flat tiga biliknya, kadar yang diberikan PacificLight Energy cukup berbaloi dan menjimatkan.



"Untuk flat tiga bilik saya di kawasan Bedok North ini, pembayaran bagi bil elektrik untuk pembekal baru ini kurang $100 sebulan berbanding sebelumnya. Saya dapat berjimat sekitar $40 atau $50 sebulan.



"Menurut saya, secara peribadi, kadar yang ditawarkan oleh PacificLight sangat berpatutan dan dimampui. Mereka juga menawarkan banyak lagi pakej lain yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pelanggan. Namun bagi saya sekeluarga, inilah pakej terbaik untuk kami, dan penjimatan yang diraih setiap bulan boleh juga kami gunakan untuk keperluan yang lain," ujarnya.



Encik Azhari berpendapat, bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk mencuba atau belum menggunakan servis pembekal yang baru, boleh bertanya kepada saudara-mara yang lebih berpengalaman atau merujuk terus kepada laman web yang tersedia.



"Pada pendapat saya, penukaran kepada servis OEM yang baru memang menjimatkan. Kepada yang masih bingung atau kurang yakin dengan peruncit yang disediakan, bolehlah bertanya kepada kenalan atau mereka yang berpengalaman, atau boleh juga melungsuri web peruncit-peruncit itu sendiri kerana banyak lagi pilihan yang tersedia, dan dengan harga yang mengikut bajet dan kemampuan kita sendiri.



"Malah, dengan penjimatan yang kita raih, bolehlah kita gunakan untuk kegunaan dan keperluan yang lain," tambahnya lagi.



Bagi mencari pelan yang paling sesuai bagi keperluan, pengguna boleh membandingkan pelan harga biasa pembekal di laman: http://compare.openelectricitymarket.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >