Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jiran lama tiga kampung jumpa untuk 'mengopi'

Lebih 300 bekas penduduk Kampung Kranji, termasuk Kampung Wak Selat, bertemu semula dalam perjumpaan Hari Raya
Jul 13, 2018 | 05:30 AM



SIAPA sangka idea yang tercetus semasa 'sesi mengopi' berjaya mengumpulkan lebih 300 bekas penduduk kampung yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa.



Itulah hakikat sebenar yang dikongsi Encik Nasir KK Maideen ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini.



"Salah seorang daripada kami telah menimbulkan idea tersebut dan dari situ kami fikir bagus juga kalau dianjurkan perjumpaan seperti ini.



"Dari situ kita dapati bahawa sebenarnya ramai orang kampung yang mengalu-alukan acara ini dan mereka sungguh berterima kasih kerana disebabkan acara ini, mereka dapat bertemu kembali dengan orang lama," cerita beliau.



Encik Nasir, 48 tahun, yang merupakan salah seorang anggota jawatankuasa penganjur acara Perjumpaan Nostalgia Kampung Kranji, turut menambah bahawa perancangan sudah mula dilakukan sejak awal tahun ini.



Perjumpaan Hari Raya tersebut, yang diadakan pada 7 Julai lalu, merupakan acara yang mengumpulkan lebih 300 bekas penduduk Kampung Kranji.



Kampung Kranji merangkumi tiga kampung yang terletak berdekatan satu sama lain iaitu Kampung Wak Selat, Kampung Surau dan Kampung Jalan Angkup.



Acara tahun ini lebih gah berbanding perjumpaan Raya dua tahun lalu yang hanya melibatkan bekas penduduk Kampung Wak Selat.



Mengungkap sejarah kampung tersebut, Cik Hasfalela Abdullah, 49 tahun, yang merupakan generasi ketiga penduduk Kampung Wak Selat, berkata bahawa kampung itu terkenal dengan kegiatan sukannya.



Arwah datuk beliau, Allahyarham Mydeen Kutty Maideen, merupakan penghulu kampung yang giat mengadakan aktiviti sukan terutama bola sepak.



Penduduk kampung akan berlatih di "padang yang tak serupa padang" di kampung itu - dikatakan begitu kerana padang tersebut tidak berumput.



Selain bola sepak, anak-anak muda kampung turut aktif dalam aktiviti lain seperti drama, silat, bermain kompang dan menyertai kumpulan nasyid.



"Antara perkara yang saya ingat ialah apabila hujan, berlaku banjir. Jadi kami harus tunggu sampai air surut sebelum masuk ke rumah.



"Kadang-kadang kalau air naik terlalu tinggi, kami buat rakit. Masing-masing rumah ada rakit," ujar beliau.



Hujung minggu pula pemuda-pemudi akan berkumpul di padang untuk bermain guli, rounders, tarik-tarik tali dan permainan kampung lain, tambah Cik Hasfalela.



Kenangan-kenangan tersebutlah yang menjadi perkongsian para hadirin dalam perbualan mereka semasa perjumpaan Raya itu.



Memuji majlis tersebut, Encik Ameer Hamzah Musa, 72 tahun, berkata:



"Inilah masanya kami semua dapat jumpa orang lama kampung kami. Budak-budak yang masih kecil semasa di kampung dulu, sekarang dah besar. Ada yan sudah ada anak dan cucu.



"Kenangan manis yang tak dapat dilupakan ialah beraya di kampung, meriahnya berbeza. Kami dapat ziarah rumah ke rumah, masak gotong-royong dan sebagainya."



Penduduk Kampung Kranji diminta mengosongkan kampung tersebut sekitar tahun 1990-an untuk memberi laluan kepada pembangunan negara.



Seperti penduduk kampung lain, mereka kemudian berpindah ke flat-flat di serata Singapura.




Saksikan video persiapan di balik tabir serta acara Perjumpaan Nostalgia Kampung Kranji yang dihadiri oleh lebih 300 bekas penduduk kampung pada 7 Julai lalu di BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >