Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jiran tindak berani selamatkan lelaki dalam kebakaran

Jun 12, 2021 | 05:30 AM



ENCIK Muhammad Nasiruddin Md Khalid sedang bermain bersama anak-anaknya di flatnya di Bukit Batok kelmarin apabila beliau terhidu bau asap.



Beliau menjenguk ke luar tingkap dan melihat asap tebal dari sebuah flat jirannya di tingkat atas.



Tanpa berlengah, Encik Nasiruddin, 32 tahun, dan isterinya bergegas ke flat itu untuk membantu. Pegawai keselamatan itu memberitahu akhbar The New Paper beliau nampak seorang lelaki terlentang di lantai flat tersebut.



Beliau terus mengetuk pintu dan tingkap flat jirannya itu, sementara isterinya lari pulang mengambil alat pemadam api.



Apabila pemilik flat itu, Cik Tan Kim Keok, 74 tahun, pulang daripada membeli-belah, beliau terus membuka pintu rumahnya dan Encik Nasiruddin masuk sambil menutup hidung dan mulutnya dengan kain basah untuk menyelamatkan lelaki tersebut, seorang penyewa di flat itu



"Flat itu diselubungi asap hitam tebal, jadi saya menarik lelaki itu keluar ke koridor dan cuba mengejutnya. Dia kemudian sedar tapi dalam keadaan kabur," ujar Encik Nasiruddin.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka diberitahu tentang kebakaran di Blok 283 Bukit Batok East Avenue 3 itu pada 9.25 pagi itu.



Api menjilat barang-barang dalam bilik tidur flat tingkat tujuh itu, dan orang awam memadamkan api dengan menyiram air menggunakan baldi sebelum ketibaan pegawai SCDF.



Encik Nasiruddin dan penyewa berusia 37 tahun itu kemudian dihantar ke hospital dalam keadaan sedar. Punca kebakaran itu sedang disiasat.



Encik Nasiruddin berkata pekerjaannya sebagai pegawai keselamatan melatih beliau agar tenang dalam situasi kebakaran dan memberi bantuan kecemasan.



"Sudah tentu keselamatan saya penting, tetapi dalam situasi itu menyelamatkan lelaki tersebut adalah satu tindakan betul," ujarnya.



Anak Cik Tan, Encik Raymond Seetoh, 44 tahun, berkata ibunya masih dalam keadaan terperanjat.



Melahirkan rasa terima kasih atas bantuan Encik Nasiruddin, beliau berkata: "Tidak ramai akan bertindak berani seperti Encik Nasiruddin."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >