Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jom sertai BHazar Berita Harian

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung di gerai BH di WGS hingga 20 April
Mar 28, 2023 | 01:47 PM



SAMA ada anda peminat lagu pop yeh yeh atau ingin belajar resipi baru untuk berbuka puasa, inilah antara pelbagai acara menarik yang menanti pengunjung apabila mereka ke gerai Berita Harian (BH) di Bazar Geylang Serai.



Pengunjung bazar di Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS) akan dapat menikmati pelbagai program menarik bermula Jumaat 31 Mac ini termasuk sesi podcast dan persembahan akustik secara live oleh kumpulan ‘indie’ terkemuka dari Malaysia, Kugiran Masdo hingga kepada sesi temu bual bersama pemenang pingat emas Sukan SEA dan juara dunia Pencak Silat Nurul Suhaila Mohd Saiful.



Pengunjung juga boleh mempelajari beberapa resipi unik oleh cef selebriti Cef Mel Dean dan mendengar sesi podcast secara langsung berkenaan topik keagamaan bersama Ustazah Liyana Musfirah, serta topik kewangan oleh Maybank.



Gerai ‘BHazar Berita Harian’ ini yang disokong WGS, bermatlamat mendekati pembaca agar BH bagi membolehkan BH mencorak kandungan lebih menarik dalam platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok yang menjangkau golongan pembaca lebih muda serta podcast #NoTapis yang terdapat di Spotify.



Satu tinjauan akan dijalankan dan pembaca yang selesai mengisi tinjauan itu dan mengikut wadah digital BH berpelung menerima sebuah beg tote khas yang dilukis oleh kakitangan BH.







Pada masa yang sama, pengunjung akan berpeluang mencuba aplikasi digital serta produk-produk BH yang terdapat di pelbagai platform.



Membuka tirai acara Jumaat ini adalah podcast mengenai ‘Bagaimana untuk kembangkan duit?’ bersama Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Encik Abdul Halim Abdul Rashid diikuti dengan sesi mengenali wartawan BH.



Siaran podcast dan persembahan akustik Kugiran Masdo akan berlangsung pada Ahad 2 April, 5 hingga 6 petang sebelum kumpulan itu mengadakan persembahan di pentas Persada Budaya WGS malam itu.



Pada 7 April, BH akan mengadakan podcast bertajuk ‘Adakah Ramadan bantu dalam kesihatan mental kita?’ bersama Ustazah Liyana Musfirah serta demo memasak bersama Cef Mel yang turut akan membuat kemunculan sekali lagi pada 20 April.



Nurul Suhaila, yang akan berkongsi tentang pengorbanannya untuk menjadi juara dunia, akan membuat penampilan khas di gerai itu pada 14 April.



Mengulas tentang penganjuran gerai itu yang disokong WGS, Editor BH, Encik Saat Abdul Rahman berkata BH telah sekian lama bekerja rapat dengan WGS, bukan saja dari segi membuat liputan kegiatan dan perkembangan WGS tetapi juga menjadi satu lagi wadah untuk BH mendekati badan-badan dan masyarakat Melayu/Islam.



“Sudah tentunya kehadiran BH di bazar itu memudahkan lagi usaha untuk mendekati pembaca kami,” katanya.



“Kami juga berpeluang memaparkan perkembangan terbaru mengenai platform BH kepada orang ramai,” tambahnya. 



Kali terakhir BH ‘turun padang’ dalam bazar Raya ialah pada 2019 di WGS dan Our Tampines Hub (OTH).



#BHazar #BHsg







BHAZAR BERITA HARIAN



TEMPAT: Gerai Berita Harian di Anjung@Wisma Geylang Serai



TARIKH: 31 Mac – 20 April



 



SENARAI KEGIATAN:



– 31 Mac


5 petang: Podcast bersama Ketua Perniagaan Luar Negara (Premier), Khidmat Kewangan Masyarakat Maybank Singapura, Abdul Halim



- Bagaimana kembangkan duit anda?



6.45 petang: Sesi kenali wartawan BH



 



– 2 April


5 petang: Podcast dan persembahan akustik ringkas bersama Kugiran Masdo



 



– 7 April


3.30 petang: Podcast bersama Ustazah Liyana Musfirah - Adakah Ramadan bantu dalam kesihatan mental kita?



5.30 petang: Belajar Masak bersama Cef Mel Dean: 



- Quesadilla Daging Lembu Keju



- Guacamole Sambal Hijau dan Salsa Mangga



 



– 14 April


5 petang: Podcast bersama Juara Dunia Pencak Silat dan Pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2022, Nurul Suhaila Mohd Saiful



- Pengorbanan untuk menjadi juara dunia



 



– 20 April


4.30 petang: Belajar Masak bersama Cef Mel Dean:



- Enchilada Rendang Lembu 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >