Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan kedai Mr Bean naik 10% selepas dapat sijil halal

Oct 18, 2022 | 05:30 AM



PROSES mendapatkan sijil halal bukan satu perjalanan yang mudah, dengan syarikat Mr Bean perlu menukar dan menyesuaikan proses kerja mereka dan membentuk sebuah pasukan halal demi memastikan semua prosedur keperluan halal dipatuhi dengan ketat.



Namun, ketua eksekutif Mr Bean, Encik Loh Jwee Poh, berkata semuanya "berbaloi".



Sejak Mr Bean dan jenama berkaitan, Do Qoo, mendapat sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Jun lalu, mereka telah menyaksikan kenaikan 10 peratus dalam penjualan.



Kini, syarikat itu sedang mengintai pasaran Malaysia dan Indonesia, dengan rancangan untuk memperluaskan perniagaan di dua negara jiran itu dalam jangka pendek.



"Ini satu berita baik buat kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Muslim atas sokongan mereka.



"Ia adalah ganjaran yang menggembirakan dan kami amat menghargainya," kata beliau.



Jenama Mr Bean kini mempunyai lebih 60 kedai di Singapura manakala Do Qoo pula mempunyai lima kedai.



Perniagaan Mr Bean dimulakan Encik Loh bersama rakan sekolahnya, Encik Kang Puay Seng, sebagai sebuah gerai di Pusat Makanan People's Park pada 1995.



Ini selepas Encik Loh menemui sebuah mesin yang dapat menghasilkan susu soya segar dan dari situ, perniagaan tersebut berkembang maju sehingga menjadi satu jenama tempatan popular di Singapura.



Keputusan mendapatkan sijil halal itu ekoran pertanyaan dan maklum balas oleh masyarakat Islam selepas mereka mula memperkenalkan lebih banyak produk, termasuk produk yang mengandungi ayam.



Pada dasarnya, Encik Loh menjelaskan syarikatnya sudah pun mengamalkan prosedur mendapatkan sumber bahan-bahan dan makanan halal secara dalaman.



"Dari segi penyumberan bahan-bahan, kami memang sudah memastikan dengan ketat bahan-bahannya semua disahkan halal meskipun pada ketika itu, cawangan Mr Bean semua belum lagi halal. Misalnya, patti daging kami semua halal.



"Kami juga mengawal proses cawangan dan memastikan kakitangan tidak membawa masuk produk tidak halal. Mereka tidak boleh makan makanan tidak halal di dalam kedai.



"Namun, kami fahami bahawa produk yang ada ayam dan ikan adalah sensitif, dan oleh itu, kami memutuskan untuk mendapatkan sijil halal," kata beliau.



Proses mendapatkan sijil halal itu makan masa selama sekitar setahun, kata Encik Loh, dengan syarikat itu perlu membentuk sebuah pasukan halal dan merekrut kakitangan yang menangani soal keperluan halal, seperti pengurus halal dan pegawai jaminan mutu halal.



Setiap jabatan dalam syarikat itu juga perlu berubah dan mematuhi standard prosedur baru, misalnya, jabatan pembeli perlu memastikan kesemua label dan perkara berkaitan halal mematuhi standard dan garis panduan Muis.



"Dapur pusat, jabatan pemerolehan, gudang dan kumpulan penghantaran kami juga semua perlu mematuhi standard dan syarat halal. Malah, komunikasi penjenamaan kami juga perlu diselaraskan," kata Encik Loh.



Jika dilihat dari sudut perniagaan, Encik Loh berkata tidak dapat dinafikan penyesuaian itu melibatkan kos yang tinggi, namun dari sudut masyarakat, ia satu cara syarikat itu menyumbang kepada keharmonian sosial.



Beliau turut melahirkan harapan membuka sehingga 100 cawangan Mr Bean pada masa depan.



Syarikatnya juga sedang memberi tumpuan untuk berkembang dalam perniagaan makanan runcit, seperti pencuci mulut dan snek, dan juga membangunkan barangan pengguna pantas bergerak (FMCG), seperti granola bar dan susu soya siap dibungkus yang sudah pun dihasilkan kini.



"Singapura sebuah negara berbilang kaum dan agama. Saya fikir usaha menjadi halal adalah sumbangan sosial kami kepada semua orang di Singapura, bukan hanya orang Cina, malah juga untuk orang Muslim, India, Serani dan sebagainya.



"Jika dilihat pada gambaran keseluruhan, ia adalah satu pelaburan yang berbaloi. Kami ingin meletakkan kedudukan kami sebagai sebuah jenama Singapura," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >