Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan runcit setempat Ogos merosot berbanding setahun lalu

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



JUALAN runcit di Singapura turun Ogos lalu berbanding setahun lalu, dengan penjualan kenderaan bermotor terjejas di tengah-tengah kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) lebih rendah tahun ini.



Pendapatan jualan turun 2.8 peratus tahun ke tahun Ogos lalu, menghentikan kenaikan enam bulan yang disebabkan oleh perbandingan dengan tahun lalu, yang menyaksikan sekatan Covid-19 lebih ketat.



Hilangnya kesan asas rendah di tengah-tengah gangguan Covid-19 yang berterusan telah menyaksikan penjualan runcit meningkat hanya 0.2 peratus tahun ke tahun Julai lalu.



Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit Ogos lalu berada di tahap yang serupa berbanding tahun lalu, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Singapura (SingStat) semalam.



Nilai jualan runcit - pada anggaran $3.4 bilion Ogos lalu - terus berada di bawah tahap sebelum Covid-19, kata SingStat.



Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, jualan merosot 0.6 peratus Ogos lalu dari bulan sebelumnya, berbanding kenaikan 0.9 peratus Julai lalu.



Jualan runcit dalam talian membentuk anggaran 14.1 peratus daripada jumlah penjualan Ogos lalu, naik daripada 13.8 peratus yang dicatat dalam bulan sebelumnya.



Penjualan peralatan komputer dan telekomunikasi dalam talian menyumbang lebih daripada separuh, atau 56.5 peratus, kepada jumlah penjualan dalam industri itu.



Beberapa segmen, seperti makanan dan alkohol, jam tangan dan barang kemas, pasar raya dan pasar raya besar dan stesen minyak, menyaksikan penjualan tahun ke tahun yang lebih tinggi Ogos lalu.



Bagaimanapun, penjualan kenderaan bermotor, barangan gedung serbaneka dan barangan optik serta buku, susut berbanding setahun lalu.



Sementara itu, penjualan makanan dan minuman (F&B) turun 6.7 peratus Ogos lalu berbanding setahun lalu, selepas penurunan 6 peratus Julai lalu.



Ini disebabkan oleh sekatan lebih ketat Ogos lalu untuk mengekang penyebaran virus. Menjamu selera di luar digantung hingga 9 Ogos, dan diizinkan untuk kumpulan hingga lima orang yang telah divaksin sepenuhnya mulai 10 Ogos.



Sebagai perbandingan, makan luar untuk kumpulan hingga lima orang dibenarkan sepanjang Ogos tahun lalu.



Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, penjualan khidmat F&B turun 2.1 peratus Ogos lalu, berbanding kenaikan 12.9 peratus Julai lalu.



Jumlah nilai jualan khidmat F&B sebanyak $628 juta Ogos lalu, dengan penjualan dalam talian membentuk 38.8 peratus pendapatan.



Dalam sektor itu, penjualan restoran turun 24.5 peratus berbanding setahun lalu.



Namun, penjualan di kedai makanan segera naik 8.7 peratus sementara pendapatan di kafe, pusat makanan dan tempat makan lain naik 3.1 peratus, disebabkan permintaan lebih tinggi bagi penghantaran makanan.



Penjualan katerer makanan naik 0.1 peratus berbanding setahun lalu, membalikkan penurunan 45.5 peratus Julai lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >