Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan runcit S'pura merosot 0.8% pada Jan

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



KUTIPAN jatuh pada Januari di tengah-tengah kemerosotan dalam penjualan kenderaan motor dan sedang pelanggan membeli barangan isi rumah dan perabot berharga tinggi yang berkurangan setelah kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.



Penjualan runcit jatuh sebanyak 0.8 peratus pada Januari dari tahun ke tahun, membalikkan kenaikan 7.7 peratus yang disemak pada Disember yang berlaku di tengah-tengah musim perayaan akhir tahun.



Perangkaan terkini juga kecil jika dibandingkan dengan peningkatan 4.9 peratus yang diramalkan penganalisis dalam satu tinjauan Bloomberg.



Kali terakhir penjualan jatuh adalah pada Februari tahun lalu, apabila ia merosot sebanyak 3.5 peratus disebabkan waktu Tahun Baru Cina kerana pelanggan membeli-belah lebih awal sebelum perayaan.



Tidak termasuk kenderaan motor, jualan runcit pada Januari naik 2.1 peratus, lebih rendah daripada kenaikan 9.8 peratus pada Disember.



Kutipan keseluruhan jatuh 9.4 peratus dari Disember berdasarkan pelarasan bermusim. Ini dibandingkan dengan kenaikan 1.3 peratus dari November ke Disember.



Disokong oleh perbelanjaan bagi Tahun Baru Cina, jualan runcit masih meningkat bagi banyak kategori pada Januari berbanding dengan setahun lalu.



Makanan dan alkohol menyaksikan kenaikan terbesar iaitu 36.3 peratus, diikuti pakaian dan kasut, yang meningkat 23.7 peratus.



Namun, jualan kenderaan motor jatuh 23.5 peratus disebabkan kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang lebih rendah, sementara jualan barangan isi rumah dan perabot turun 13.5 peratus di tengah-tengah permintaan yang berkurangan, lapor akhbar The Straits Times.



Secara keseluruhan, nilai jualan runcit keseluruhan yang dianggarkan pada Januari adalah $4.2 bilion, di mana jualan dalam talian merangkumi kira-kira 11.5 peratus, lebih rendah daripada 13 peratus yang dicatat pada Disember.



Sedang jualan runcit merosot pada Januari, kutipan bagi khidmat makanan dan minuman naik pada kadar lebih laju. Ia meningkat 21.8 peratus dari tahun ke tahun, melanjutkan kenaikan 13.9 peratus pada Disember.



Semua industri dalam sektor makanan dan minuman mencatatkan pertumbuhan dalam jualan, dengan katerer makanan menyaksikan kenaikan terbesar iaitu 110.2 peratus di tengah-tengah permintaan lebih tinggi bagi katering penerbangan dan acara.



Pusing ganti bagi cawangan makanan segera, restoran, kafe, medan selera dan tempat makan lain naik antara 11.5 peratus dengan 21.7 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >