Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jualan runcit S'pura naik 1.9% pada Nov lalu

Kadar penjualan masih di bawah tahap prapandemik
Jan 06, 2022 | 05:30 AM



JUALAN runcit di Singapura meningkat untuk tiga bulan berturut-turut pada November tahun lalu, walaupun terdapat pertumbuhan perlahan daripada bulan sebelumnya dan kadar penjualan masih di bawah tahap prapandemik.



Penjualan barangan meningkat 1.9 peratus dari tahun ke tahun. Ia naik sederhana daripada pertumbuhan 7.5 peratus pada Oktober, menurut data yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura semalam.



Jualan pada bulan Oktober sebahagiannya didorong oleh pelancaran produk baru, seperti iPhone 13 Apple, yang meningkatkan jualan telefon bimbit.



Prestasi dari tahun ke tahun November adalah lebih baik daripada pertumbuhan 0.7 peratus yang diramalkan pakar ekonomi tinjauan Bloomberg.



Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit meningkat 4.1 peratus, berbanding peningkatan 11.5 peratus pada Oktober.



Berbanding pertumbuhan bulanan, penjualan meningkat 2.5 peratus pada November berbanding bulan sebelumnya berdasarkan pelarasan musim.



Merentasi industri, jualan adalah tidak menentu. Stesen minyak, jam tangan dan barang kemas, serta pakaian dan kasut antara yang menikmati jualan yang lebih tinggi.



Tetapi industri seperti kenderaan bermotor, barangan optik dan buku, gedung serbaneka, dan peralatan komputer dan telekomunikasi menyaksikan jualan yang merosot.



Sementara itu, anggaran jumlah nilai jualan runcit pada November ialah $3.7 bilion.



Sekitar 16.9 peratus daripadanya dianggarkan daripada jualan dalam talian, lebih tinggi daripada 15.2 peratus yang dicatatkan pada Oktober.



Jualan dalam talian November dirangsang oleh acara beli-belah dalam talian akhir tahun seperti 'Singles' Day' dan 'Black Friday'.



Jualan runcit dalam talian bagi peralatan komputer dan telekomunikasi adalah 55.6 peratus daripada jumlah jualan industri, manakala penjualan perabot dan peralatan rumah dalam talian menyumbang 34.2 peratus.



Sementara itu, sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) menyaksikan pertumbuhan jualan 0.6 peratus pada November berbanding bulan yang sama pada 2020.



Ia lebih rendah berbanding 4.5 peratus pada Oktober. Ini ekoran sekatan Covid-19 yang diketatkan dan mengehadkan saiz kumpulan menjamu selera di perniagaan F&B kepada dua orang yang telah diberi vaksin sepenuhnya.



Kadar penjualan F&B meningkat 10.4 peratus pada November berbanding bulan sebelumnya berdasarkan pelarasan musim. Bagaimanapun, penjualan masih kekal di bawah paras pra-Covid-19.



Jualan restoran jatuh 4.9 peratus dari tahun ke tahun pada bulan November kerana sekatan sosial lebih ketat.



Sementara itu, jumlah dagangan katering makanan melonjak 38.9 peratus kerana asas rendah tahun lepas apabila permintaan katering rendah.



Penjualan di kedai makanan segera pula merosot 0.7 peratus, lebih rendah darpada pertumbuhan 10.1 peratus pada Oktober.



Kafe, pusat makanan dan tempat makan lain menyaksikan peningkatan 3.1 peratus berikutan permintaan yang lebih tinggi bagi penghantaran makanan.



Jumlah nilai jualan perkhidmatan F&B dianggarkan sebanyak $706 juta pada bulan November, dengan jualan dalam talian membentuk 32.8 peratus - lebih rendah daripada 38.4 peratus pada Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >