Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah derma kepada badan amal turun sedikit pada 2020

Dec 20, 2022 | 05:30 AM



JUMLAH derma kepada lebih 2,000 badan amal di Singapura turun sedikit pada 2020 berbanding tahun sebelumnya meskipun di tengah-tengah kemuncak pandemik Covid-19 pada tahun itu, ketika banyak acara pengumpulan dana secara fizikal dibatalkan atau dikurangkan.



Sebanyak $3.12 bilion derma telah dikutip oleh badan amal di sini dalam tahun kewangan 2020, penurunan 4 peratus daripada $3.25 bilion dalam tahun sebelumnya.



Walaupun merosot, jumlah $3.12 bilion itu masih lebih tinggi daripada jumlah yang didermakan dalam tahun-tahun sebelum pandemik.



Contohnya, $2.65 bilion telah didermakan dalam tahun kewangan 2017, dan $2.87 bilion dalam 2018, menurut data laporan tahunan Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC) 2021, yang dikeluarkan akhir bulan lalu.



Jurucakap COC menjelaskan bahawa jumlah derma keseluruhan untuk 2020 dikumpul berdasarkan penyerahan tahunan badan amal untuk tahun kewangan masing-masing, dan ini berbeza mengikut badan amal.



Misalnya, tahun kewangan 2020 bagi beberapa badan amal berakhir pada Mac 2020, manakala yang lain berakhir pada Disember 2020.



Menyentuh tentang kemerosotan dalam jumlah derma dalam tahun kewangan 2020, jurucakap itu berkata:



"Covid-19 mengganggu operasi dan kegiatan pengumpulan dana sektor badan amal, yang menjejas keupayaan pertubuhan dan individu untuk menderma sebanyak yang mereka lakukan sebelum ini."



Sejak awal 2020, banyak badan amal membatalkan, menangguhkan atau mengurangkan acara pengumpulan dana fizikal mereka, kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa kejatuhan dalam jumlah derma paling ketara dalam sektor agama dan pendidikan.



Derma yang dikumpul oleh badan amal keagamaan seperti gereja dan kuil turun 13 peratus kepada $1.17 bilion dalam tahun kewangan 2020, daripada $1.34 bilion tahun sebelumnya.



Namun, derma yang dikumpul oleh sektor sosial dan kebajikan meningkat sebanyak 23 peratus kepada $608.6 juta dalam tahun kewangan 2020, daripada $494.4 juta pada 2019.



Jurucakap COC berkata peningkatan ini menunjukkan bahawa penderma mungkin lebih tertumpu untuk memberi kepada mereka yang memerlukan disebabkan pandemik itu.



Sehingga hujung Disember tahun lalu, terdapat 2,359 badan amal yang berdaftar di Singapura.



Sekitar separuh daripada mereka adalah kumpulan agama, manakala selebihnya termasuk badan amal dalam sektor sosial dan kebajikan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan seni.




"Covid-19 mengganggu operasi dan kegiatan pengumpulan dana sektor badan amal, yang menjejas keupayaan pertubuhan dan individu untuk menderma sebanyak yang mereka lakukan sebelum ini."
- Jurucakap Pesuruhjaya Pertubuhan-Pertubuhan Amal (COC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >