Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah gelandangan di S'pura turun ketara pada 2022

MSF: 530 gelandangan ditemui semasa kiraan jalanan berbanding 921 pada 2019
Apr 25, 2023 | 11:06 AM



SERAMAI 530 gelandangan ditemui semasa pengiraan jalanan yang dijalankan oleh kerjasama Rangkaian Rakan Kerja Mendamping dan Memperkasa Gelandangan (Peers), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan anggota awam pada 11 November 2022.



Ini penurunan ketara daripada 921 gelandangan dalam kiraan pada 2019.



Ini bermakna bagi setiap 100,000 orang di Singapura, sekitar sembilan orang dalam keadaan gelandangan.



Dari segi profil demografi, 80 peratus gelandangan diperhatikan adalah lelaki dan 11 peratus perempuan.



Hampir separuh juga golongan lebih tua (berusia lebih 50 tahun), 39 peratus pertengahan umur (31 hingga 50 tahun) dan sebahagian kecil muda (berumur 30 tahun dan ke bawah).



Perangkaan gelandangan yang merangkumi masyarakat Melayu pula membentuk 21 peratus, Cina 47 peratus dan India 18 peratus daripada jumlah seluruh gelandangan pada 2022.



Seramai 860 relawan terlibat dalam pengiraan jalanan bagi meninjau gelandangan di Singapura itu.



Sebelum ini, terdapat dua pengiraan yang dijalankan oleh Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.



Menurut MSF, gelandangan merujuk kepada individu yang tidak mempunyai tempat tinggal tetap dan menginap di tempat awam.



Walaupun terdapat banyak lagi yang perlu dilakukan dalam menangani hal ini, perangkaan gelandangan tersebut lebih rendah berbanding bandar global seperti New York (tempat ke-40) dan Hong Kong (tempat ke-21), kata MSF dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Isnin.



Hampir separuh gelandangan ditemui berhampiran blok HDB, termasuk kolong blok, tangga, pavilion, taman permainan dan stesen senaman.



Sekitar 23 peratus dilihat di sekitar taman dan bangku, 12 peratus di kawasan komersial dan 11 peratus di pusat-pusat makanan dan pasar.



Untuk lebih memahami keadaan golongan gelandangan, sukarelawan juga meninjau situasi mereka.



Cabaran-cabaran utama yang dinyatakan oleh gelandangan yang mengambil bahagian dalam tinjauan itu termasuk kesukaran mendapat dan mengekalkan perumahan stabil, perselisihan pendapat dengan keluarga atau kediaman bersama dan pendapatan atau hutang yang tidak tetap.



MSF akan terus bekerjasama dengan Peers untuk menyokong setiap individu itu supaya mereka boleh menangani keadaan dengan lebih baik dan mengatasi cabaran yang mungkin telah menghalang keupayaan mereka untuk menjamin perumahan jangka panjang yang stabil.



Pengurangan dalam bilangan gelandangan mencerminkan kemajuan dalam usaha seluruh masyarakat untuk melibatkan diri dan menyokong kumpulan tersebut.



Setiausaha Parlimen Kanan (Sosial dan Pembangunan Keluarga), Encik Eric Chua, berkata: "Sejak beberapa tahun lalu, MSF dan rakan-rakan dalam Peers telah bekerjasama rapat untuk melibatkan diri dan berkawan dengan kumpulan gelandangan dan menyokong keperluan mereka.



"Kami gembira kerana Peers telah berkembang daripada 26 kepada 73 rakan kongsi. Sejak penubuhannya pada 2019, ia telah menyokong lebih 1,600 gelandangan melalui pendampingan dan jangkauan, sokongan kes selaras peruntukan tempat tinggal.



"Secara kolektif, kami bekerjasama menyokong mereka dan membina masyarakat yang lebih penyayang dan inklusif."




LAPORAN KIRAAN JALANAN GELANDANGAN 2022



◆ Sebanyak 530 gelandangan dikesan menerusi kiraan satu malam pada 11 November 2022 - penurunan daripada 921 gelandangan yang dikesan menerusi kiraan satu malam pada 2019.



◆ Sekitar 80 peratus gelandangan didapati lelaki dan 11 peratus wanita.



◆ Hampir separuh atau 48 peratus berusia lebih 50 tahun.



◆ Sekitar 21 peratus Melayu, 47 peratus Cina dan 18 peratus India.



◆ Hampir separuh (45 peratus) gelandangan dikesan dekat blok-blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), termasuk kolong blok, tangga, taman permainan dan stesen senaman.



◆ Kebanyakan daripada 57 responden bukan gelandangan kali pertama. Lebih separuh mula tidur secara gelandangan kurang setahun lalu.



◆ Sekitar 40 peratus responden bertukar lokasi tempat tidur yang berbeza.



◆ Sekitar separuh responden tinjauan memetik pelbagai sebab mereka tidur secara gelandangan, menjangkaui isu mendapat atau mengekalkan perumahan.



◆ Sekitar 61 peratus responden belum dapatkan bantuan daripada sumber peribadi bagi sokongan, sementara 53 peratus responden telah dapatkan bantuan masyarakat dan pemerintah.



◆ Sebanyak 1,600 gelandangan dibantu Rangkaian Rakan Kerja Mendamping dan Memperkasa Gelandangan (Peers) antara Julai 2019 dengan Mac 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >