Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah jemaah haji jangkit Covid-19 rendah: Masagos

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



WALAUPUN pandemik Covid-19 masih menular di serata dunia ketika ibadah haji dijalankan tahun ini, jumlah jemaah haji Singapura yang dijangkiti penyakit itu adalah rendah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad selaku ketua delegasi haji Singapura tahun ini.



Dalam kalangan 890 jemaah haji yang menunaikan ibadah tersebut, kira-kira 94 dijangkiti Covid-19 tetapi kesemua mereka dapat melakukan dan menyelesaikan ibadah itu.



Beliau juga melahirkan kesyukuran bahawa tiada kematian dalam kalangan jemaah S'pura yang menjalankan ibadah itu.



Malam kelmarin, Encik Masagos menyambut kepulangan kumpulan kedua terakhir jemaah haji - 96 dari TM Fouzy Travel & Tours dan 36 jemaah dari Shahidah Travel - yang selamat pulang ke tanah air setelah menunaikan ibadah haji.



Turut hadir ialah Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Kadir Maideen.



Dalam catatan di Facebooknya semalam, Encik Masagos melahirkan kesyukuran bahawa musim haji kali ini yang disertai sekitar sejuta jemaah seluruh dunia juga berjalan lancar.



"Saya benar-benar bersyukur bahawa musim haji kali ini yang disertai sekitar sejuta jemaah seluruh dunia selepas dua tahun tergendala ekoran Covid-19 berjalan lancar dengan jayanya tanpa sebarang insiden besar atau penularan penyakit. Ia juga rata-rata lancar dan berjaya bagi jemaah Singapura berkat kerja gigih Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) pimpinan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) dan Kedutaan Singapura di Jeddah,'' katanya.



Masagos: Jemaah haji SG ambil langkah keselamatan selepas pulang



Semalam, menandakan berakhirnya musim Haji bagi jemaah Singapura dengan kembalinya kumpulan terakhir jemaah haji Singapura seramai 114 orang.



Semasa Encik Masagos menyambut ketibaan kumpulan kedua terakhir jemaah haji di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi kelmarin, beliau melahirkan rasa gembira kerana jemaah haji secara sukarela mengambil ujian pantas antigen (ART) dalam lima hingga tujuh hari setelah ketibaan mereka di Singapura.



"Jika positif, mereka tidak akan keluar rumah, tetapi kalau mereka negatif, walaupun mereka keluar rumah, mereka juga akan elak tempat yang mempunyai ramai orang," katanya sambil menambah bahawa ini menunjukkan sifat bertanggungjawab golongan ini yang pulang daripada tempat yang Covid-19 mungkin menular.



Ketika menyambut mereka pulang, Encik Masagos turut mengagihkan kit-kit ART kepada mereka.



Dalam kiriman pos Facebooknya yang dimuat naik semalam, beliau berkata jemaah haji akan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengasingkan diri demi melindungi yang lain.



Beliau turut berterima kasih dengan pihak berkuasa Saudi kerana memberikan kuota visa penuh kepada Singapura dan membantu melicinkan semua urusan.



Bercakap kepada media kelmarin, Encik Masagos berkata langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi tahun ini termasuk memerlukan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) jemaah negatif dan hanya membenarkan jemaah berusia di bawah 65 tahun untuk menunaikan haji memberi kesan positif.



"Jemaah amat sihat apabila mereka sedang menunaikan haji kerana mereka agak muda, dan lebih penting, tiada kematian tahun ini dalam kalangan jemaah haji, yang saya rasa adalah kali pertama," ujarnya.



Beliau juga melahirkan harapan agar lebih ramai jemaah Singapura dapat menunaikan haji.



"Kerja kami berterusan. Kami akan terus berusaha agar lebih ramai jemaah Singapura dapat mengerjakan rukun Islam yang kelima, InsyaAllah," katanya.



Encik Masagos menganggap peluang berganding bahu dengan jemaah, kakitangan, sukarelawan perubatan dan pihak-pihak lain di Tanah Suci, satu penghormatan.



Berkongsi tentang pertemuannya dengan jemaah haji yang pulang kelmarin, beliau berkata:



"Berseri-seri wajah Haji dan Hajjah kita. Alhamdulillah, mereka sihat dan ceria kerana sudah tertunai hajat dan tidak sabar untuk bersatu dengan keluarga tersayang. Mereka berkongsi pengalaman pahit manis ketika di Tanah Suci, mencetuskan kenangan juga buat saya. Ketika di Tanah Suci, ada ketika saya bersama-sama jemaah kita untuk bersolat atau makan, dan menyempurnakan rukun seperti melontar jamrah, dan sebagainya."



Arab Saudi telah menawarkan tambahan 493 tempat jemaah haji, di samping sebanyak 407 tempat yang ditawarkan sebelum ini.



Tetapi, 890 warga Singapura menunaikan ibadah tersebut tahun ini kerana 10 tidak mendapat keputusan negatif bagi ujian PCR Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >