Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kelahiran 2017 paling rendah sejak 8 tahun

Jul 13, 2018 | 05:30 AM



JUMLAH kelahiran di Singapura merosot dan tahun lalu merupakan bilangan kelahiran paling rendah sejak 2010 iaitu kepada 39,615.



Data oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menunjukkan kemerosotan sebanyak 4 peratus berbanding 41,251 kelahiran pada tahun sebelumnya.



Dalam tempoh lapan tahun itu, bilangan kelahiran paling tinggi dicatat pada 2012, iaitu tahun naga dalam kalendar Cina dengan 42,663 kelahiran dicatat pada tahun berkenaan.



Data Jabatan Statistik juga menunjukkan ini merupakan bilangan kelahiran paling rendah sejak 2010, apabila 37,967 kelahiran dicatat.



Bagaimanapun, lebih ramai pasangan pada tahun lalu mempunyai keluarga lebih besar.



Sejumlah 2,118 bayi yang lahir tahun lepas sekurang-kurangnya merupakan anak keempat dalam keluarga mereka.



Ini merupakan jumlah paling besar sepanjang lima tahun lalu.



Pada tahun 2013, angka itu berjumlah 1,853.



Namun sedang bilangan kelahiran merosot, bilangan kematian pula meningkat pada 2017.



Menurut ICA, terdapat 20,905 kematian tahun lalu - peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding 2016.



Pada 2017, kebanyakan kematian dicatat di hospital manakala 17,192 kematian berusia 60 tahun ke atas.



ICA menambah penyebab utama kematian di Singapura adalah barah, penyakit jantung dan darah tinggi.



Penyakit ini membentuk lebih 50 peratus atau lebih separuh daripada kematian yang dicatat di Singapura tahun lalu.



Lebih 80 peratus daripada mereka yang meninggal dunia tahun lalu berumur 60 tahun ke atas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >