Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah kes denggi 2022 mungkin kedua tertinggi di S'pura

Jan 04, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH kes denggi di Singapura pada 2022 mungkin menjadi rekod kedua tertinggi sehingga kini, berdasarkan angka di laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Sehingga 3 petang pada 30 Disember lalu, 32,097 kes denggi telah dilaporkan - menjadikan jumlah keseluruhan 91 peratus daripada rekod tertinggi, iaitu 35,315 kes yang direkodkan pada 2020.



Rekod tertinggi tahunan sebelum ini adalah pada 2013, di mana 22,170 kes direkodkan, lapor The Straits Times.



NEA sebelum ini telah mengaitkan bilangan kes yang tinggi pada 2022 dengan varian virus denggi DenV-3, di mana penduduk di sini mempunyai imuniti yang lebih rendah terhadapnya.



Namun, terdapat juga sebab-sebab lain yang menyumbang kepada jumlah yang tinggi itu.



Keadaan iklim dan perubahan suhu mungkin menyebabkan lebih banyak nyamuk di sini, kata pakar denggi, Profesor Tikki Pang, yang juga merupakan profesor pelawat di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS).



Dengan kelonggaran sekatan Covid-19, kebebasan bergerak yang lebih besar mungkin menyebabkan lebih ramai orang digigit nyamuk, tambahnya.



"Mungkin juga terdapat lebih banyak aktiviti pembinaan yang dijalankan pada 2022, berbanding semasa pandemik 2020 dan 2021, sekali gus menyebabkan lebih banyak tapak pembiakan nyamuk yang berpotensi," kata Profesor Pang.



Profesor Madya Alex Cook, naib dekan penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, berkata ketersediaan ujian pantas yang lebih banyak bermakna ia lebih mudah untuk mengenal pasti pesakit denggi sekarang berbanding 20 tahun yang lalu.



Tetapi pakar juga berkata sukar untuk meramalkan jika jumlah kes denggi akan kekal tinggi pada 2023.



Bilangan jangkitan akan bergantung pada faktor seperti keadaan iklim dan kejayaan program kawalan nyamuk, kata Profesor Pang.



Pada 2021, jumlah kes denggi yang dilaporkan di Singapura hanya 5,258.



Kes denggi cenderung untuk turun naik dari tahun ke tahun kerana kejadian penyakit itu dikaitkan dengan variasi iklim, kata Profesor Pang.



"Wabak denggi sering berlaku secara bermusim, dengan lebih banyak kes ditemui pada bulan yang lebih lembap dan panas.



"Turun naik yang kita lihat bergantung pada jumlah hujan dan perubahan suhu dalam mana-mana tahun tertentu, antara banyak faktor lain," katanya.




"Wabak denggi sering berlaku secara bermusim, dengan lebih banyak kes ditemui pada bulan yang lebih lembap dan panas.

Turun naik yang kita lihat bergantung pada jumlah hujan dan perubahan suhu dalam mana-mana tahun tertentu, antara banyak faktor lain."

- Profesor Tikki Pang, pakar denggi yang juga merupakan profesor pelawat di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >