Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pengunjung Esplanade naik, kewangan pulih perlahan setelah Covid-19

Sep 14, 2022 | 05:30 AM



PENONTON berpusu-pusu kembali ke Esplanade - Teater di Persisiran, apabila langkah keselamatan dilonggarkan tahun lalu.



Dalam laporan tahunan terbarunya yang dikeluarkan kelmarin, pusat seni itu mencatatkan kehadiran 2.06 juta untuk acaranya pada tahun kewangan terakhirnya, dari April 2021 hingga Mac tahun ini.



Angka ini termasuk 1.6 juta tontonan video. Kehadiran penonton secara fizikal iaitu sekitar 450,000 adalah peningkatan berbanding lebih 100,000 bagi Tahun Kewangan (FY) 20/21.



Kedudukan kewangannya juga sedang pulih secara perlahan-lahan untuk pusat seni itu, mencerminkan trend yang lebih besar di persada seni Singapura. Pusat itu melaporkan jumlah pendapatan $26 juta berbanding $14 juta pada FY20/21.



Pendapatan bagi pusat beli-belah dan sewa lain mencecah $4.25 juta, meningkat sedikit daripada $3.88 juta pada tahun sebelumnya.



Hasil dari sewa tempat, yang merosot kepada $756,000 pada FY20/21, meningkat kepada $2.07 juta dan tiket juga meningkat kepada $954,000 berbanding $358,000 pada FY20/21.



Penajaan, bagaimanapun, merosot lebih mendadak tahun lepas kepada hanya $1.6 juta, berbanding $4.3 juta pada FY20/21.



Jumlah perbelanjaan meningkat untuk pusat itu kepada $87.14 juta, lebih daripada $60 juta pada FY20/21.



Walaupun merosot dalam pendapatan, pusat itu berjaya menjadi lokasi kira-kira 1,891 acara percuma yang menarik mencecah 379,989 peserta.



Pandemik itu juga telah meningkatkan tumpuan pusat untuk menjangkau komuniti yang kurang mendapat layanan, dengan 465 program untuk 7,522 peserta serta menyokong 220 karya baru yang dicipta oleh 358 artis tempatan.



Sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk menjadi inklusif dan pelbagai, Esplanade juga merupakan pusat seni mesra demensia yang pertama dan telah memperkenalkan tiket konsesi untuk penjaga.



Pusat ini meraikan ulang tahunnya yang ke-20 tahun ini dengan Teater Singtel Waterfront bernilai $30 juta yang akan dibuka pada bulan Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >