Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah Penjagaan Kesihatan Asas CPF naik kepada $68,500 mulai 1 Jan

Dec 02, 2022 | 05:30 AM



DEMI memenuhi keperluan asas penjagaan kesihatan bersubsidi pada usia tua, Jumlah Penjagaan Kesihatan Asas (BHS) akan dinaikkan daripada $66,000 kepada $68,500 mulai tahun depan bagi pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) di bawah umur 65 tahun.



Namun, bagi mereka yang berusia 66 tahun dan ke atas tahun depan, tidak akan ada sebarang perubahan pada BHS mereka.



Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan bersama Lembaga CPF, Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.



BHS ialah anggaran simpanan yang diperlukan bagi keperluan asas penjagaan kesihatan pada usia tua.



Jumlah itu disemak setiap tahun bagi pencarum CPF di bawah 65 tahun supaya dapat memenuhi keperluan penggunaan MediSave yang meningkat.



Namun, apabila pencarum mencapai usia 65 tahun, jumlah BHS mereka akan dikekalkan sepanjang hayat mereka.



"Pencarum CPF yang mempunyai kurang daripada BHS tidak perlu menokok Akaun MediSave (MA) mereka dan masih boleh menggunakan akaun mereka itu untuk membayar perbelanjaan perubatan yang diluluskan," jelas kenyataan itu.



Selain itu, agensi pemerintah itu mengumumkan bahawa kadar faedah bagi akaun-akaun CPF akan kekal tidak berubah pada suku pertama 2023.



"Pemerintah memantau sekitaran kadar faedah dengan teliti untuk memastikan kadar faedah CPF kekal relevan dalam sekitaran operasi semasa sambil mengambil kira prospek jangka panjang," tambah kenyataan itu.



Dari 1 Januari hingga 31 Mac, pencarum CPF berusia bawah 55 tahun akan terus meraih kadar faedah hingga 3.5 peratus setahun bagi Akaun Biasa (OA), dan sehingga 5 peratus setahun bagi simpanan Akaun Khas dan Medisave (SMA) mereka.



Kadar itu termasuk faedah tambahan 1 peratus ke atas $60,000 pertama daripada jumlah gabungan (dibataskan sebanyak $20,000 bagi OA).



Bagi pencarum berusia 55 tahun dan ke atas, faedah tambahan 2 peratus akan dibayar ke atas $30,000 pertama daripada jumlah gabungan mereka (dihadkan sebanyak $20,000 bagi OA), dan faedah tambahan 1 peratus bagi $30,000 seterusnya.



Ini bermakna mereka akan meraih faedah hingga 6 peratus setahun ke atas jumlah persaraan mereka.



Faedah tambahan yang dibayar kepada anggota CPF itu adalah sebahagian usaha pemerintah untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka.



Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kadar faedah OA akan dikekalkan 2.5 peratus setahun dalam suku pertama tahun depan, dan begitu juga dengan kadar faedah SMA akan dikekalkan 4 peratus dalam tempoh yang sama.



Kadar faedah lantai Akaun Persaraan (RA) juga akan dikekalkan 4 peratus setahun.



Sehubungan dengan itu, kadar faedah konsesi bagi pinjaman perumahan HDB, yang ditetapkan 0.1 peratus melebihi kadar faedah OA, akan kekal tidak berubah sebanyak 2.6 peratus setahun.



Bagi maklumat lanjut, pencarum boleh mengunjungi laman cpf.gov.sg atau menghubungi Lembaga CPF melalui cpf.gov.sg/writetous.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >