Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pesalah dadah Melayu ditangkap jatuh lebih separuh dari 2019 hingga 2022

May 24, 2023 | 03:12 PM



Bilangan pesalah Melayu yang ditangkap semula dua tahun selepas dibebas merosot. Namun kadar kebentanan lima tahun kekal 40 peratus.







BILANGAN pesalah dadah Melayu baru yang ditangkap telah berkurangan lebih separuh dalam tempoh tiga tahun lalu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Membuat pengumuman itu di Forum Rangkaian Pemulihan Badan Masyarakat Melayu/Islam (MMO) di ibu pejabat Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) pada Selasa, Dr Faishal berkata bilangan pesalah dadah Melayu baru yang ditangkap telah jatuh daripada 700 orang pada 2019 kepada 300 orang pada 2022.

Menambah, Dr Faishal menyifatkan perkembangan itu sebagai satu pencapaian baik, tetapi berkata bilangan pesalah dadah Melayu masih besar.

Ini termasuk bilangan jumlah pesalah dadah secara keseluruhan dan pesalah dadah baru yang ditangkap, katanya tanpa memberi butiran perangkaan lanjut.

“Ini sesuatu yang tidak boleh dicapai Pemerintah secara bersendirian,” katanya.

“Kami perlukan sokongan anda untuk bekerjasama dalam mendidik masyarakat kami tentang kesan bahaya penyalahgunaan dadah,” tegas Dr Faishal kepada hadirin.

Dalam pada itu, kadar kebentanan dua tahun pesalah Melayu keseluruhan, atau bilangan pesalah Melayu yang ditangkap semula dua tahun selepas dibebaskan, jatuh daripada 48.4 peratus bagi kumpulan yang dibebaskan pada 2001, kepada 24.7 peratus bagi kumpulan yang dibebaskan pada 2020.

Namun, kadar kebentanan lima tahun kekal sekitar 40 peratus, yang bermakna dua daripada lima bekas pesalaha yang dilepaskan kembali ke penjara dalam tempoh lima tahun.

Dalam ucapannya di forum sama, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata, kerjasama silang agensi pemerintah dengan MMO perlu diperkukuh dan diperdalam untuk menangani masalah ini.

Lantaran itu, satu rangka kerja bagi mengurangkan kadar kebentanan pesalah Melayu/Islam telah dilancar pada Selasa.

Antara lain ia menggalak kerjasama antara agensi pemerintah seperti dengan badan MMO bagi menawarkan sokongan menyeluruh kepada banduan, bekas banduan dan keluarga mereka.

Ini termasuk memberi sokongan di peringkat lebih awal, termasuk dalam mengasuh anak muda dari keluarga yang mempunyai ibu bapa dalam penjara, agar dapat mengekang putaran hidup berjenayah.

Rangkaian Pemulihan MMO yang ditubuhkan pada 2021, melibatkan sebanyak 26 agensi dan badan masyarakat serta pertubuhan bukan pemerintah dan tidak meraih untung yang bekerjasama dengan pihak berkuasa, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), dan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Menyusuli bilangan penagih dadah Melayu baru diberkas yang berkurang, Dr Faishal berkata: 

“Dadah bukan sahaja memusnahkan kehidupan penagih, tetapi juga kehidupan orang di sekitar mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >