Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah terendah bayi kelahiran Singapura dalam tempoh lapan tahun

Jul 22, 2019 | 07:41 AM



JUMLAH bayi yang lahir di singapura adalah yang terendah dalam tempoh lapan tahun. 



Ini bermakna lebih banyak cabaran demografik bagi masyarakat Singapura yang semakin menua.



Menurut Laporan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 2018, 39,039 kelahiran didaftar tahun lalu, jatuh 1.5 peratus berbanding 2017. 



Pada masa yang sama, jumlah kematian meningkat 1.8 peratus, dari 20,905 pada 2017 kepada 21,282 tahun lalu, menurut laporan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA). 



Dengan masyarakat yang semakin menua, kematian juga semakin meningkat sejak sekurang-kurangnya 1998 apabila terdapat 15,657 kematian. 



Ahli sosiologi Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Tan Ern Ser berkata trend jumlah kelahiran yang semakin kurang itu akan berterusan. 

Ini sesuatu yang menimbulkan keprihatinan, tambahnya, kerana jumlah warga harus ditambah untuk memastikan ekonomi yang rancak boleh dikekalkan, yang juga boleh menyokong masyarakat yang semakin menua. 



Usia median ibu yang melahirkan buat kali pertama adalah 30.6 tahun tahun lalu, berbanding 29.7 tahun pada 2009. 



Ini juga menimbulkan keprihatinan kerana kesuburan berkurangan semakin seseorang itu lanjut usia. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >