Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023

Jurang tenaga kerja dengan kemahiran bakal disepadu

Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran akan dilantik bagi bangun latihan relevan untuk industri
Feb 15, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyepadukan jurang tenaga kerja dengan kemahiran dalam sektor dan membangunkan latihan relevan bagi industri, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, pada Selasa.



Untuk berbuat demikian, ia akan melantik Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran yang akan bekerjasama dengan rakan industri, latihan dan pekerjaan bagi merapatkan jurang tersebut dan membangunkan latihan yang diperlukan.



Ini akan dirintis dalam sektor kejuruteraan jitu, runcit dan perdagangan borong yang mempunyai jumlah pekerja matang dan syarikat kecil dan sederhana (SME) yang lebih tinggi.



Encik Wong berkata golongan penyepadu itu mungkin terdiri daripada institusi yang sedia ada, namun mereka akan diberi tanggungjawab dan hasil baru untuk dilaksanakan.



Mengumumkannya dalam Belanjawan 2023 di Parlimen, Encik Wong berkata terdapat keperluan untuk memastikan latihan yang dijalani pekerja akan memberikan hasil pekerjaan yang baik.



Meskipun baik untuk mengadakan lebih banyak latihan kemahiran, Encik Wong berkata program latihan boleh berbeza dari segi mutu, dengan ada yang membolehkan peserta meraih sijil yang diiktiraf atau kemahiran khusus yang dicari-cari industri, tetapi yang lain pula mungkin tidak begitu relevan untuk industri.



"Pekerja sendiri mungkin tidak tahu apakah program latihan yang perlu dijalani atau apakah kecekapan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik.



"Majikan, terutamanya dalam kalangan SME, juga mungkin tidak biasa dengan landskap latihan dan sering menghadapi cabaran memenuhi kerja kosong meskipun terdapat kumpulan orang sedang mencari kerja yang sedia ada.



"Oleh itu, terdapat keperluan membangunkan perantara pasaran pekerja yang boleh bekerjasama dengan rakan industri, latihan dan pemudah cara pekerjaan bagi memanfaatkan sepenuhnya penempatan latihan dan pekerjaan," kata beliau.



Encik Wong berkata contohnya, Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran itu akan perlu mendekati syarikat untuk memahami jurang tenaga kerja dan kemahiran dalam industri.



Mereka juga perlu bekerjasama dengan penyedia latihan untuk mengemaskini program latihan yang sedia ada atau membangunkan program baru bagi merapatkan jurang kemahiran.



Selain itu, penyepadu perlu bekerja rapat dengan agensi pemudah cara pekerjaan, mendapatkan sokongan rakan industri dan kesatuan, serta mengenal pasti individu dengan kebolehan dan kesesuaian yang betul bagi latihan.



"Lebih penting sekali, mereka mesti memastikan latihan itu akan menghasilkan prospek pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik," kata Encik Wong.



Butiran lanjut mengenai inisiatif itu akan dikongsi dalam Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) nanti.



Encik Wong berkata nilai yang dicipta sebagai sebuah ekonomi mesti memberi manfaat kepada rakyat Singapura dalam bentuk pertumbuhan gaji dan peluang pekerjaan.



Justeru, pemerintah akan terus melabur dalam rakyatnya, dan melalui SkillsFuture, menyediakan sokongan kukuh kepada kedua-dua majikan dan individu untuk melabur dalam peningkatan kemahiran.



Namun, Encik Wong menambah lebih banyak perlu dilakukan, terutamanya di tengah-tengah ketidakpastian ekonomi.



"Hasilnya sejauh ini menggalakkan. Namun, kita perlu melakukan lebih banyak lagi, dan mempertingkatkan usaha kita, sedang kita memasuki era ketidaktentuan dan gangguan ekonomi yang lebih besar.



"Sebagai sebahagian daripada latihan Melakar Hala Tuju Singapura (Forward Singapore), kami sedang mengkaji beberapa langkah dasar untuk memperkukuhkan lagi ekosistem SkillsFuture kita, mempertingkat sokongan untuk pekerja yang hilang pekerjaan dan mempertingkatkan laluan kepada pekerjaan yang lebih baik," kata beliau.




“Pekerja sendiri mungkin tidak tahu apakah program latihan yang perlu dijalani atau apakah kecekapan dan kemahiran yang mereka perlukan untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik. Majikan, terutamanya dalam kalangan SME, juga mungkin tidak biasa dengan landskap latihan dan sering menghadapi cabaran memenuhi kerja kosong meskipun terdapat kumpulan orang sedang mencari kerja yang sedia ada.”
- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Sokongan bagi pekerja



Kemahiran



  • Penyepadu Pekerjaan dan Kemahiran

Sokongan tambahan bagi pekerja, terutama yang lebih matang, tambah kemahiran menerusi latihan, mencerah peluang naik gaji. Diperkenalkan dahulu dalam sektor runcit, kejuruteraan jitu dan perdagangan borong.



Majikan



  • Skim Kredit Gaji Progresif

Dana ditokok $2.4 bilion bagi sokong perniagaan menambah gaji pekerja.



  • Kredit Pekerjaan Warga Emas:

Dilanjut sehingga 2025, sokong majikan yang gajikan warga emas.



  • Geran Pengambilan Bekerja Semula secara Sambilan

Dilanjut sehingga 2025, galak majikan tawarkan aturan kerja lebih longgar bagi warga emas.



  • Kredit Menyokong Pengambilan Pekerja Kurang Upaya

Sokongan dipertingkat bagi majikan yang gajikan orang kurang upaya.



  • Kredit Peningkatan Pekerjaan

Sokongan bagi majikan gajikan bekas pesalah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >