Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jurugambar sekitar KLCC desak pelancong ambil gambar, tuntut bayaran

Aug 28, 2023 | 07:13 PM



KUALA LUMPUR: Gambar yang dipetik di hadapan Menara Kembar Petronas sememangnya menjadi satu kenangan buat pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

Namun, ini telah membawa kepada ramai individu yang menjadikan para pelancong ‘mangsa’ mereka. Kumpulan individu ini mendesak pelancong dan mahu mengambil gambar mereka.

Membawa telefon bimbit, gimbal dan alat pencahayaan, individu ini akan mendesak pelancong agar membenarkan mereka memetik gambar, dan menawarkan antara RM5 dengan RM20 (antara $1.50 dengan $6) bagi satu gambar.

Setelah diberi keizinan, mereka akan memetik gambar dan kemudian menghantarnya menerusi WhatsApp dan bentuk media sosial lain kepada pelancong terbabit. Individu-individu ini akan selanjutnya meminta bayaran.

Tetapi kebanyakan masa, ia bukan hanya untuk gambar khusus yang diminta pelancong. Gambar daripada sudut lain juga dihantar supaya lebih banyak bayaran boleh dituntut.

Dalam kebanyakan kes, sekiranya pelancong tidak memenuhi permintaan mereka, individu-individu ini akan menyelinap ke dalam latar belakang dan cuba merosakkan gambar yang dipetik pelancong sendiri.

Jurugambar ini biasanya berkumpul di tempat-tempat popular sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC), memastikan tiada siapa terlepas daripada ‘jaringan’ mereka.

Ada yang juga berkeliaran, ‘menerkam’ pelancong yang berswafoto.

“Marilah cuba dahulu. Kami boleh ambil gambar anda. Anda boleh bayar kemudian,” kata salah seorang individu itu kepada wartawan The Star, yang menyamar sebagai pelancong di kawasan KLCC.

Individu itu menawarkan untuk terima bayaran dalam bentuk tunai atau pemindahan dalam talian.

Seorang pengunjung, Cik Siti Hasniza, berkata beliau perlu membayar sehingga RM100 untuk lima gambar, walaupun bersetuju untuk satu gambar.

“Pada mulanya, mereka kata bayarannya adalah RM10 untuk satu gambar. Kemudian, mereka berkata disebabkan beberapa pelarasan pencahayaan yang perlu dibuat, ia adalah RM20 bagi setiap gambar.

“Tetapi walaupun mengatakan kami hanya ingin satu gambar, orang itu memindahkan lima dan menuntut bayaran penuh,” katanya.

Tinjauan di luar menara Petronas pada hujung minggu mendapati sekurang-kurangnya 15 jurugambar ini berada di belakang pengadang besi antara 2 petang dengan 7.30 malam.

Ada berkata mereka tahu akan maklum balas negatif tentang kegiatan mereka.

“Kami hanya mahu meraih pendapatan dan membantu pelancong ambil gambar cantik. Tidak semua daripada kami ingin menipu pelancong,” kata salah seorang jurugambar kepada The Star.

Beberapa pegawai polis bantuan berkata mereka sudah mula meronda kawasan itu sekitar tiga minggu sebelumnya dan memantau rapat kegiatan jurugambar ini.

Pihak pengurusan KLCC berkata ia tahu akan keprihatinan yang timbul.

“Bersama penguasa tempatan, kami akan berganding bahu untuk mengurangkan lagi isu ini,” katanya. – THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >