Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat dipenjara 6 bulan kerana serang pesakit

Jun 21, 2018 | 07:43 PM



SEORANG jururawat lelaki tidak dapat mengawal kemarahannya dengan seorang pesakit kurang daya intelek yang telah mencampak dulang makanan ke arah rakan kerjanya, lalu dia menendang pesakit itu sekurang-kurangnya empat kali.



S. Ahmad Shazaly S. Affindy, 27 tahun, dijatuhi hukuman penjara enam bulan hari ini (21 Jun) selepas mengaku bersalah menyakiti lelaki berusia 56 tahun itu yang tidak boleh bercakap.



Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa pesakit di Institut Kesihatan Mental (IMH) itu telah makan tengah hari sebelum mencampakkan dulang itu ke arah seorang jururawat.



Jururawat itu mengangkat dulang tersebut dan memberitahu Ahmad Shazaly tentang kejadian itu.



Ahmad Shazaly kemudian bersemuka dengan pesakit itu dan membawanya kembali ke biliknya tetapi apabila mereka tiba di sana, lelaki itu baring di lantai dan enggan bergerak.



Ahmad Shazaly menendang pesakit itu sekurang-kurangnya empat kali dan menarik kolar pesakit itu lalu mengheretnya di lantai sejauh dua meter.



Sekitar enam jam kemudian, seorang lagi jururawat mendapati bahawa tangan kanan pesakit tersebut bengkak dan imbasan X-ray pada keesokan hari menunjukkan bahawa jarinya retak.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) wad itu menunjukkan Ahmad Shazaly menyerang pesakit itu. IMH melaporkan hal itu kepada polis.



Ahmad Shazaly yang kini dibebaskan dengan ikat jamin $10,000 diarah untuk menyerah diri di Mahkamah Negara pada 5 Julai untuk memulakan hukuman penjaranya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >