Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat dipenjara kerana serang pemandu teksi

Feb 08, 2017 | 09:28 AM



MARAH gambarnya diambil seorang pemandu teksi tanpa izin, seorang jururawat am lelaki merampas telefon bimbit pemandu teksi itu dan menumbuknya, mahkamah mendengar pada Selasa (8 Feb).



Kejadian itu berlaku di dalam sebuah lif di Simei sekitar 4 pagi pada 27 Ogos tahun lalu.



Apabila pintu lif terbuka di tingkat 11, Encik Tan Kok Peng, 59 tahun, cuba mendapatkan semula telefonnya.



Namun, Arey Lauren Loretizo Dela Cruz, 31 tahun, membaling telefon itu ke tembok dan menumbuk Encik Tan di pipi kirinya.



Dia kemudian memukul beliau beberapa kali di muka. Encik Tan berjongkok di atas lantai dalam kesakitan dan menutup mukanya untuk melindungi dirinya.



Dela Cruz melarikan diri dengan menggunakan tangga.



Encik Tan kemudian pergi ke tingkat bawah. Beberapa orang yang berada di kawasan itu membantu beliau mencari Dela Cruz, yang berada di pelantar tangga blok tersebut.



Polis kemudian menangkap jururawat itu.



Dela Cruz, yang telah mengaku bersalah, dihukum penjara lima minggu pada Selasa kerana menyebabkan kecederaan ke atas Encik Tan.



Dia telah membayar pampasan $1,338 kepada Encik Tan, yang diberi cuti sakit tujuh hari bagi pelbagai lebam.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Teo Lu Jia berkata Encik Tan mengambil Dela Cruz di Orchard Towers pada kira-kira 3.30 pagi itu.



Dalam perjalanan, Dela Cruz muntah di tempat duduk belakang teksi.



Apabila Encik Tan tiba di destinasinya di Simei Street 2, Dela Cruz keluar dari teksi beliau tanpa membayar tambang $23.



Encik Tan keluar dari teksinya dan meminta Dela Cruz membayarnya. Beliau meminta $30, termasuk tambang teksi, untuk membersihkan teksinya.



Apabila Dela Cruz mendapati dia hanya mempunyai $10 dalam dompetnya, dia menyuruh Encik Tan mengikutinya ke flatnya supaya dia boleh mendapatkan wang tunai.



Di dalam lif, Encik Tan mengambil gambar Dela Cruz kerana khuatir dia melarikan diri.



Hukuman maksimum bagi kesalahan menyebabkan kecederaan ialah penjara dua tahun dan denda $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >