Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Jurutera edar lebih 7,000 komputer riba kepada golongan susah

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



Inisiatif Project Lionheart bertujuan meraikan mereka yang telah menerapkan Semangat Kesingapuraan semasa tempoh paling mencabar di Singapura - pandemik Covid-19. BERITA HARIAN bercakap dengan dua individu berinspirasi yang telah dikenal pasti oleh projek itu sebagai mereka yang telah memberi kesan kepada orang ramai semasa pandemik.




SEMASA dalam perjalanan berbasikal pada 2003, beliau telah melawat ke kem-kem pelarian di Pakistan dan dapat melihat bagaimana sesetengah orang berjuang untuk terus hidup.



Sejak pengalaman itu, beliau terkesan dan mula berjinak-jinak dalam kerja-kerja kemanusiaan.



Itulah permulaan kisah Encik Johann Anuar, kini 48 tahun, yang sudah menawarkan diri dalam banyak bantuan kemanusiaan secara tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.



Ia kemudian mendorong beliau mengasaskan sebuah pertubuhan tidak mencari untung (NPO), Engineering Good, pada 2014 dengan tujuan mencipta huraian teknologi bagi golongan kurang upaya.



Bercakap kepada Berita Harian (BH) secara virtual baru-baru ini, Encik Johan menerangkan bahawa Engineering Good merangkumi relawan yang dapat membantu klien dengan penyelesaian jurutera.



"Tetapi pada 2020, akibat pandemik, kami tidak dapat berjumpa dengan klien dan terhenti sejenak sebelum menerima permintaan untuk memperbaiki 24 komputer riba untuk diberikan kepada golongan keluarga berpendapatan rendah.



"Untuk kami, tugas itu mudah dan boleh diselesaikan dalam satu hujung minggu. Namun, berita itu mula tersebar dan lebih pertubuhan juga inginkan komputer riba dan pada masa yang sama, kami juga mula menerima pertubuhan yang ingin menderma komputer riba.



"Kini sudah hampir tiga tahun inisiatif itu berlangsung dan kami telah mengumpul lebih 11,000 komputer riba dan mengedarkan lebih 7,000 kepada golongan keluarga kurang berpendapatan," cerita bapa dua anak itu.



Dek pandemik, ramai mula bekerja dari rumah dan pembelajaran dari rumah juga dimulakan.



Menyusuli itu, ramai dari golongan keluarga kurang pendapatan memohon untuk komputer riba demi menjalankan tugas dan melaksanakan kerja sekolah.



"Semasa pandemik, walaupun terdapat penderma, ia agak mencabar untuk memperbaikinya akibat sekatan peraturan. Justeru itu, kami tidak dapat menghasilkan sebanyak komputer riba yang kami inginkan," jelas beliau yang kemudian berkata beliau gembira bahawa ramai relawan telah tampil untuk membantu



Antara cabaran yang dikongsi Encik Johann dalam perjalanan insiatif komputer riba itu adalah masa.



"Masa adalah kos yang utama bagi kita. Kami menerima banyak komputer riba untuk diperbaiki dan ada yang mempunyai peranti yang mengambil masa yang lebih lama untuk diperbaiki.



"Jika terdapat bahagian komputer riba yang perlu diganti, ia akan menelan anggaran $200 hingga $250," jelas bekas pengarah eksekutif NPO itu.



Encik Johan masih mengimbangkan masa untuk terus memberi kepada masyarakat dan masih aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan.



"Masih terdapat golongan yang akan memerlukan pertolongan dan saya terus ingin menghulurkan bantuan jika mampu. Saya bukan seorang doktor yang dapat merawat mereka ketika sakit. Namun, saya seorang jurutera dan mahir dalam komputer, dan ini cara saya dapat membantu.



"Dan saya rasa setiap orang boleh lakukan sesuatu untuk membantu dan menyumbang dengan kemahiran masing-masing," nasihat beliau.




"Masih terdapat golongan yang akan memerlukan pertolongan dan saya terus ingin menghulurkan bantuan jika mampu.

Saya bukan seorang doktor yang dapat merawat mereka ketika sakit. Namun, saya seorang jurutera dan mahir dalam komputer, dan ini cara saya dapat membantu.

Dan saya rasa setiap orang boleh lakukan sesuatu untuk membantu dan menyumbang dengan kemahiran masing-masing."

- Encik Johann Anuar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >