Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kabinet baru S'pura angkat sumpah

Empat
Jul 28, 2020 | 12:41 AM



KABINET baru Singapura bagi Parlimen ke-14 telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing malam tadi (Isnin, 27 Julai) di dua lokasi, Istana dan Bangunan Parlimen, sebagai memerhatikan langkah jarak selamat di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Menyusuli upacara mengangkat sumpah Perdana Menteri Lee Hsien Loong di hadapan Presiden Halimah Yacob dan Hakim Besar, Encik Sundaresh Menon yang berada di Istana, giliran Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pula mengangkat sumpah di Bangunan Parlimen yang dihubungkan menerusi layar video ke Istana.



Seramai 33 pemegang jawatan politik turut mengangkat sumpah di kedua-dua lokasi termasuk dua menteri Melayu/Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Dr Mohd Maliki Osman serta Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad dan Menteri Negara Dr Faishal Ibrahim.



Encik Masagos kini menggalas amanah sebagai Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Menteri Kedua Kesihatan. Beliau kekal sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. Dr Mohamad Maliki pula dilantik sebagai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar.



Encik Zaqy Mohamad pula mengangkat sumpah sebagai Menteri Negara Kanan di Kementerian Tenaga Manusia dan memikul tugas tambahan di Kementerian Pertahanan. Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pula dilantik sebagai Menteri Negara dan menggalas jawatan baru di Kementerian Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Pembangunan Negara.



Memberi ucapan tahniahnya kepada barisan pemimpin Melayu yang diberi amanah baru mahupun peningkatan jawatan di laman Facebook Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, menulis:



"DPPMS menantikan peluang bekerjasama rapat dengan pemimpin kami bagi kebaikan masyarakat peniaga Melayu/Islam. DPPMS yakin degan bimbingan dan ketangkasan kepimpinan, pihak Dewan akan terus memainkan peranan penting dalam membangun Masyarakat Gemilang."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >