Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar banduan Melayu bentan bagi tempoh 2 tahun susut: Faishal

Apr 16, 2023 | 05:30 AM



KADAR banduan/pesalah Melayu yang bentan bagi tempoh dua tahun terus bertambah baik.



Kadar kebentanan bagi pesalah Melayu telah susut daripada 26 peratus pada 2019 kepada 24.7 peratus pada tahun 2020.



Sebagai perbandingan kadar banduan bentan bagi tempoh dua tahun di peringkat nasional kekal rendah dan stabil pada sekitar 20 peratus.



Ini didedahkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu acara Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) di Masjid Ba'alwie pada petang Sabtu.



"Ini menunjukkan bahawa apa yang dilakarkan bersama dapat mengukuhkan pemulihan dan ekosistem sokongan supaya kita boleh bersama-sama menyokong keluarga yang terjejas dengan proses pemulihan ahli keluarga mereka



"Kami akan terus berikan peluang untuk membantu keluarga-keluarga yang perlukan pertolongan dalam pada itu memudahkan proses perjalanan mereka dalam mengukuhkan ekosistem sokongan yang sedia ada," jelas Dr Faishal.



HGEF telah mengadakan acara Projek Pelita Hati, di mana habuan pek perayaan serta baucar telah diagihkan kepada pasangan dan keluarga pesalah yang mempunyai anak-anak.



Projek itu merupakan sebuah inisiatif HGEF dengan kerjasama Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), dan disokong kempen antidadah, Dadah Itu Haram Biro Narkotik Pusat (CNB), dalam usaha membawa keceriaan dan memberikan sokongan emosi kepada anak-anak pesalah dadah serta menggalak anak-anak untuk terus bermotivasi dalam pendidikan.



Projek Pelita Hati tahun 2023 bertemakan "Terima Kasih dan Berterima kasih.



HGEF menyediakan kad Hari Raya khas yang diberikan kepada 18 pesalah yang bakal dibebaskan tahun ini bagi mereka menulis mesej kepada anak-anak mereka, kata Setiausaha kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun.



Dengan ini, Cik Haslinda berkata:



"Tujuan utama Projek Pelita Hati adalah untuk merapatkan hubungan banduan dan anak-anak mereka, memandangkan kejadian jika ibu atau ayah mereka dipenjara boleh menyebabkan trauma.



"Hubungan yang berkekalan sangat penting untuk persiapan banduan sebelum dan ketika mereka dibebaskan, HGEF mendapati bahawa apabila keluarga banduan kekal rapat, kadar kebentanan juga berkurangan."



Salah satu keluarga daripada 18 keluarga yang telah hadir semalam berasa amat terharu dengan kad yang telah diterima dan mengharapkan yang terbaik setelah suami dan ayah kepada anak-anak dalam keluarga itu dibebaskan pada tahun ini nanti.



Selain habuan sempena Aidilfitri, keluarga HGEF itu turut diraikan dalam majlis berbuka puasa dengan Habib Hassan Alattas dari Masjid Ba'alwie sebagai hos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >