Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar bentan pesalah belia jalani probesen meningkat

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



KADAR bentan atau residivisme keseluruhan bagi pesalah probesen di bawah usia 21 tahun didapati meningkat, dengan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mencegah para belia daripada kembali terjebak dalam jenayah.



Menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, daripada 11.1 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2010, ia meningkat kepada 15.1 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2016.



Beliau mendedahkan jawapan itu bila ditanya tentangnya bagi tempoh sedekad, antara 2011 hingga 2020.



Perangkaan ini bagaimanapun adalah secara am dan tidak tertumpu kepada mana-mana kaum.



"Kadar residivisme dipengaruhi beberapa faktor seperti usia, paras risiko, sambutan kepada campur tangan dan kerumitan pada keadaan pesalah.



"Pesalah belia yang dikenakan tuduhan di Mahkamah didapati mengalami lebih banyak isu rumit, seperti kesalahan jenayah lampau, terlibat dengan rakan-rakan yang punya tindak tanduk penjenayah, atau terlibat dalam sikap mengambil risiko," terangnya.



Dr Muhammad Faishal menekankan pemerintah komited dalam melindungi dan memberi sokongan kepada belia berisiko dan pesalah belia.



MSF katanya, terus bekerja rapat dengan agensi-agensi pemerintah lainnya dan rakan masyarakat untuk menjauhkan belia berisiko dari sikap negatif dan menyediakan program bimbingan dan penjagaan lanjut bagi menghentikan pesalah dari mengulangi kesalahan serupa.



Bagi menjauhkan belia dari menyertai geng, polis dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan MSF mengadakan ceramah antigeng untuk pelajar menengah, dengan memberi tumpuan terhadap kesan menyertai aktiviti kumpulan sedemikian.



Antara 2016 hingga tahun lalu, polis telah mengadakan sebanyak 137 ceramah antigeng kepada lebih 8,000 pelajar, ibu bapa, pegawai Konstabel Khas Sukarelawan Kehormat (VSC), pegawai kebajikan dan kakitangan MSF.



Jabatan Kongsi Gelap juga mengadakan ceramah antigeng kepada tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak (RTC) dan penghuni Kompleks Rumah Budak-Budak Lelaki Singapura (SBH), bagi membimbing dan menjauhkan mereka dari menyertai geng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >