Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: WAWANCARA DR FAISHAL DENGAN BH MENYENTUH PESALAH REMAJA, BELIA

Kadar bentan pesalah juvana merosot dalam sedekad

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



KADAR bentan atau residivisme (mereka kembali melakukan jenayah) di kalangan pesalah juvana sepanjang 10 tahun lalu didapati mencatat kemerosotan ketara.



Pesalah juvana, merupakan mereka di bawah usia 16 tahun.



Perangkaan yang dibentangkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim menunjukkan, penurunan dapat dilihat dari 20.3 peratus bagi kohort yang dibebaskan pada 2007, merosot kepada 14.9 peratus untuk kohort 2016.



Ini merangkumi kesemua pesalah juvana yang dimasukkan ke dalam Program Bimbangan, Probesen atau Rumah Tumpangan Belia kendalian Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



MSF menggunakan kadar bentan bagi tempoh tiga tahun, sementara Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) pula menggunakan tempoh dua tahun.



Sepanjang sedekad lalu, antara 2010 dengan 2020, jumlah pesalah remaja telah merosot daripada lebih 4,000 kepada sekitar 2,400 tahun lalu.



Jumlah ini bagaimanapun tidak khusus bagi mana-mana kaum.



"Jumlah ini sememangnya menggalakkan dan membuktikan kerja baik yang dilakukan oleh agensi-agensi pemerintah, sekolah, rakan masyarakat dan keluarga," kata Dr Muhammad Faishal.



Ditanya apakah faktor yang harus diberikan perhatian oleh masyarakat Melayu/Islam terhadap isu-isu melibatkan remaja kita?



"Dadah," jawab Anggota Parlimen bagi GRC Nee Soon ini.



Terangnya, remaja hari ini lebih terdedah kepada wadah media sosial, filem dan muzik yang mengetengahkan pandangan liberal tentang dadah dari negara luar - disebabkan oleh strategi mengurangkan kerosakan, meniadakan hukuman bagi penggunaan dadah, dan malah, membenarkan penggunaan ganja.



"Sedang kebanyakan remaja bersetuju dengan tindakan keras Singapura terhadap penggunaan dadah, sebahagian besar remaja mempunyai pandangan liberal terhadap dadah, berbanding warga Singapura yang lebih tua'', kata Dr Faishal.



Memetik hasil tinjauan yang dilakukan pada 2019 oleh Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (Ncada), sekitar 83 peratus remaja tidak bersetuju bahawa seseorang boleh mencuba dadah selagi tidak ketagih, berbanding 87 peratus dari kalangan mereka berusia lebih 30 tahun.



Sokongan remaja kepada toleransi sifar Singapura terhadap dadah adalah 79 peratus berbanding 84 peratus bagi mereka berusia 30 tahun ke atas.



Pada 2020, 62 peratus pesalah dadah baru yang diberkas berusia di bawah 30 tahun.



"Masyarakat memainkan peranan genting dalam memerangi trend ini dan menjauhkan remaja kita dari dadah. Ibu bapa punya peranan utama untuk dimainkan - tidak sekali-kali terlalu awal untuk bercakap dengan anak anda tentang dadah.



"CNB mendekati orang awam menerusi pelbagai saluran dan telah mengadakan program pendidikan cegah dadah khusus untuk sekolah-sekolah selain orang-orang dalam kedudukan untuk mempengaruh seperti ibu bapa, kaunselor, pendidik, penyokong remaja dan pegawai atasan Perkhidmatan Negara," kata Dr Faishal dan menambah, bahan bermaklumat juga disediakan bagi membantu mereka membimbing atau memberi sokongan kepada para remaja.




TREND PESALAH BENTAN & USAHA CEGAH JENAYAH



  • Kadar bentan atau residivisme tiga tahun melibatkan pesalah juvana, berusia di bawah 16 tahun, merosot daripada 20.3% bagi kohort yang dibebaskan pada 2007 kepada 14.9% untuk kohort 2016 - termasuk semua pesalah juvana dimasukkan dalam Program Bimbingan, Probesen atau Rumah Tumpangan Remaja MSF;

  • Sepanjang sedekad lalu, jumlah pesalah remaja menurun daripada lebih 4,000 kepada sekitar 2,400 tahun lalu;

  • Kadar residivisme keseluruhan bagi tempoh tiga tahun untuk belia di bawah 21 tahun yang dikenakan probesen telah meningkat, daripada 11.1% bagi kohort yang dibebaskan pada 2010, kepada 15.1% bagi kohort 2016;

  • Sehingga akhir 2020, sejumlah 3,426 banduan mengikuti Program Berasaskan Masyarakat (CBP) - peningkatan 42% berbanding 2019;

  • Secara purata, kadar residivisme dua tahun bekas pesalah daripada kalangan mereka yang dibebaskan pada 2016 dan 2018 dan mereka yang ditempatkan di bawah CPB adalah 16% berbanding sekitar 26% bagi pesalah yang tidak ditempatkan di bawah CBP'

Sumber: Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA)




PANDANGAN DR FAISHAL



“Masyarakat memainkan peranan genting dalam memerangi trend ini dan menjauhkan remaja kita dari dadah. Ibu bapa punya peranan utama untuk dimainkan – tidak sekali-kali terlalu awal untuk bercakap dengan anak anda tentang dadah. “CNB mendekati orang awam menerusi pelbagai saluran dan telah mengadakan program pendidikan cegah dadah khusus untuk sekolah-sekolah selain orang-orang dalam kedudukan untuk mempengaruh seperti ibu bapa, kaunselor, pendidik, penyokong remaja dan pegawai atasan Perkhidmatan Negara.”




“Kajian menunjukkan pemulihan lebih berkesan dalam keadaan dunia sebenar, kerana ia membenarkan pesalah menangani isu-isu nyata dalam keadaan sebenar. Pesalah yang menjalani CBP dilihat menangani keadaan lebih baik berbanding mereka yang tidak mengikuti program tersebut.’’




“Kadar residivisme dipengaruhi beberapa faktor seperti usia, paras risiko, sambutan kepada campur tangan dan kerumitan pada keadaan pesalah. “Pesalah belia yang dikenakan tuduhan di Mahkamah didapati mengalami lebih banyak isu rumit, seperti kesalahan jenayah lampau, terlibat dengan rakan-rakan yang punya tindak tanduk penjenayah, atau terlibat dalam sikap mengambil risiko.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >