Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar ERP di 5 lokasi naik $1 mulai 13 Feb

Feb 07, 2023 | 05:30 AM



KADAR Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) akan dinaikkan sebanyak $1 di lima lokasi mulai 13 Februari 2023 dalam sembilan tempoh masa ditentukan untuk menangani kesesakan lalu lintas.



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa kenaikan kadar dibuat selepas pemantauannya terhadap keadaan lalu lintas pada Januari 2023, dengan trafik meningkat di pelbagai ekspreswe.



Lokasi berkenaan adalah; Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) selepas North Buona Vista menuju ke Tuas; Ekspreswe Central (CTE) selepas Braddell Road menuju ke arah selatan dan jalan susur Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) ke CTE arah selatan; laluan tambahan selatan CTE menuju ke Serangoon Road atau PIE menuju ke Changi; Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) arah Ekspreswe East Coast Parkway (ECP) selepas Jejambat Defu; dan PIE ke arah barat sebelum Eunos.



Bagi gantri di AYE selepas North Buona Vista menuju ke Tuas, pemandu kenderaan perlu membayar $2 antara 5.30 petang dengan 6 petang dan $1 antara 7 malam dengan 7.30 malam.



Bagi CTE selepas Braddell Road menuju ke arah selatan dan jalan susur PIE ke CTE arah selatan, pemandu kenderaan perlu membayar $5 antara 8.30 pagi dengan 9 pagi dan $4 antara 9 pagi dan 9.30 pagi.



Bagi laluan tambahan selatan CTE menuju ke Serangoon Road atau PIE menuju ke Changi, pemandu kenderaan perlu membayar $4 antara 9 pagi dengan 9.30 pagi dan $3 antara 9.30 pagi dengan 10 pagi.



Bagi KPE arah ECP selepas Jejambat Defu, pemandu kenderaan perlu membayar $3 antara 7.30 pagi dengan 8:30 pagi.



Bagi PIE ke arah barat sebelum Eunos, pemandu kenderaan perlu membayar $1 antara 8.30 pagi dengan 9 pagi.



Menurut LTA, kadar tempoh masa dan gantri lain yang diumumkan sebelum ini kekal tidak berubah.



Dengan pelarasan ini, bilangan lokasi dan tempoh masa yang dicaj masih lebih rendah daripada jumlah yang dicaj prapandemik.



LTA akan terus memantau kelajuan lalu lintas dan tahap kesesakan dengan teliti dan menilai sama ada kadar ERP perlu diselaraskan lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >