Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah 4% Akaun Khas, MediSave dan Persaraan CPF dilanjut ke akhir 2023

CPF
Sep 22, 2022 | 05:30 AM



KADAR lantai 4 peratus bagi faedah yang diraih daripada semua wang dalam Akaun Biasa (OA) dan Akaun Khas (SA), Medisave dan Persaraan (SMRA) telah dilanjutkan setahun lagi hingga 31 Disember tahun hadapan.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) menyatakan kadar faedah CPF disandarkan pada instrumen pasaran yang mempunyai risiko dan tempoh setanding bagi memastikan anggotanya menerima pulangan adil dan munasabah.



Sejak 1 Januari 2008, simpanan dalam SMRA dilaburkan dalam Sekuriti Khas Pemerintah Singapura (SSGS), yang mendapat kadar faedah yang disandarkan pada hasil purata 12 bulan Sekuriti Pemerintah Singapura 10 tahun (10YSGS) dan ditambah 1 peratus.



"Walaupun kenaikan kadar faedah baru-baru ini telah membawa kepada peningkatan dalam kadar SMRA yang ditetapkan, mereka kekal di bawah kadar lantai 4 peratus," tambah kenyataan itu.



Pemerintah sekali gus akan melanjutkan kadar lantai 4 peratus bagi faedah SMRA untuk membantu anggota CPF mengembangkan simpanan mereka secara konsisten, kata dua agensi itu.



HDB dan Lembaga CPF menyatakan kadar SMRA akan terus disemak secara tetap dan anggota CPF akan mendapat pendapatan lebih tinggi daripada kadar lantai atau kadar tetap.



Anggota CPF berusia bawah 55 tahun akan terus meraih kadar faedah hingga 3.5 peratus setahun bagi wang dalam OA, dan hingga 5 peratus setahun ke atas wang Akaun Khas dan Medisave (SMA) mereka pada suku terakhir 2022.



Kadar ini termasuk faedah tambahan 1 peratus ke atas $60,000 pertama daripada jumlah gabungan (dihadkan sebanyak $20,000 bagi OA).



Bagi anggota berusia 55 tahun dan ke atas, faedah tambahan 2 peratus akan dibayar ke atas $30,000 pertama daripada jumlah gabungan mereka (dihadkan sebanyak $20,000 bagi OA), dan faedah tambahan 1 peratus bagi $30,000 seterusnya.



Ini bermakna mereka akan meraih faedah hingga 6 peratus setahun ke atas jumlah persaraan mereka.



Faedah tambahan yang dibayar kepada anggota CPF adalah sebahagian daripada usaha pemerintah meningkatkan simpanan persaraan mereka, kata dua agensi tersebut.



Faedah tambahan yang diterima ke atas OA akan dimasukkan ke dalam akaun SA atau Akaun Persaraan (RA) mereka.



Jika seseorang anggota CPF berusia lebih 55 tahun dan menyertai skim CPF LIFE, faedah tambahan akan tetap dibayar ke atas jumlah yang digabungkan, termasuk simpanan yang digunakan untuk CPF LIFE.



Kadar faedah OA akan dikekalkan 2.5 peratus setahun dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini.



Sehubungan dengan itu, kadar faedah konsesi bagi pinjaman perumahan HDB, yang ditetapkan 0.1 peratus melebihi kadar faedah OA, akan kekal tidak berubah sebanyak 2.6 peratus setahun dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini.



Kadar faedah SMA akan dikekalkan 4 peratus setahun dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, manakala kadar faedah RA akan dikekalkan 4 peratus setahun dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.



Anggota CPF yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh mengunjungi laman cpf.gov.sg atau menghubungi Lembaga CPF melalui cpf.gov.sg/writetous.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >