Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah CPF tidak berubah bagi suku kedua 2017

Feb 15, 2017 | 02:28 PM



AHLI Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan terus mendapat kadar faedah tahunan hingga 3.5 peratus bagi simpanan dalam Akaun Biasa (OA), dan hingga 5 peratus bagi Akaun Khas dan Akaun Medisave pada suku kedua 2017.



Dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu (15 Feb), CPF berkata ahlinya akan juga mendapat hingga 5 peratus setahun bagi simpanan dalam Akaun Persaraan tahun ini.



Ini termasuk faedah tambahan 1 peratus yang dibayar ke atas jumlah gabungan $60,000 pertama (dengan hingga $20,000 daripada OA).



Ahli berusia 55 tahun ke atas akan juga mendapat faedah tambahan 1 peratus ke atas jumlah gabungan $30,000 pertama, yang melebihi faedah tambahan 1 peratus yang sekarang diperolehi daripada jumlah gabungan $60,000 pertama mereka.



Ia menjadikan faedah ke atas simpanan persaraan mereka sebanyak 6 peratus setahun, kata CPF.



Ini semua sebahagian daripada usaha Pemerintah meningkatkan simpanan persaraan ahli.



CPF berkata kadar faedah OA dikekalkan pada 2.5 peratus dari 1 April hingga 30 Jun kerana kadar yang dikira berdasarkan kadar faedah bank tempatan utama dari November 2016 hingga Januari 2017 ialah 0.24 peratus, iaitu lebih rendah daripada kadar faedah minimum yang ditetapkan undang-undang bagi OA.



Sementara itu, kadar faedah konsesi bagi pinjaman gadai janji HDB - ditetapkan 0.1 peratus lebih tinggi daripada kadar faedah OA -- kekal tidak berubah 2.6 peratus setahun bagi suku kedua tahun ini.



Ahli CPF yang mempunyai pertanyaan boleh melungsuri laman cpf.gov.sg atau menghubungi Pusat Panggilan CPF di 1800-227-1188.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >