Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar inflasi pada Jan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



HARGA pengguna Singapura terus meningkat pada Januari, dengan inflasi dijangka terus meningkat dalam tempoh terdekat sebelum ia stabil, menurut perangkaan semalam.



Inflasi teras, yang tidak mengambil kira kos penginapan dan pengangkutan privet, meningkat lagi kepada 2.4 peratus pada asas tahun ke tahun bulan lalu, berbanding 2.1 peratus pada Disember.



Ini adalah yang tertinggi sejak September 2012, apabila ia juga berada pada paras 2.4 peratus.



Ini didorong oleh inflasi yang lebih tinggi untuk makanan dan elektrik dan gas, serta kadar kemerosotan yang lebih perlahan dalam kos runcit dan barangan lain, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam satu kenyataan bersama.



Inflasi keseluruhan kekal pada 4 peratus, tidak berubah dari bulan sebelumnya.



Namun begitu, ia berada di bawah jangkaan pakar ekonomi yang ditinjau oleh Bloomberg, yang telah meramalkan inflasi teras mencecah 2.5 peratus dan inflasi keseluruhan mencecah 4.2 peratus.



MAS dan MTI berkata: "Inflasi global telah meningkat lagi baru-baru ini dan boleh kekal tinggi sebelum mereda pada separuh kedua tahun ini.



"Dalam jangka terdekat, risiko geopolitik yang meningkat dan keadaan bekalan yang terkawal akan memastikan harga minyak mentah terus meningkat. Cerutan dalam pengangkutan global dan kekurangan tenaga kerja di beberapa rakan dagang utama Singapura juga berkemungkinan berterusan."



Ia menambah: "Walaupun kekangan bekalan luaran yang berterusan seharusnya berkurangan pada separuh kedua 2022, yang membawa kepada sedikit kesederhanaan dalam inflasi import, masih terdapat kelakonan yang lebih baik dari jangkaan terhadap inflasi daripada kejutan berkaitan pandemik dan geopolitik yang boleh mengganggu lagi rantaian bekalan global."



Pasaran buruh di Singapura dijangka diperketatkan lagi dan membawa kepada tekanan gaji yang lebih tinggi sepanjang tahun ini.



Peningkatan kos kereta dan penginapan juga berkemungkinan kekal teguh dalam tempoh terdekat, mengekalkan inflasi utama yang tinggi.



Dengan pergerakan ini, inflasi teras diramalkan meningkat lebih tinggi dalam tempoh terdekat, dan boleh mencecah 3 peratus menjelang pertengahan tahun sebelum berkurangan pada separuh kedua 2022, kata MTI dan MAS.



"Kenaikan kos perjalanan udara dijangka menyumbang sebahagian besar daripada peningkatan inflasi teras dalam tempoh terdekat," menurut kenyataan itu lagi.



Bagi 2022 secara keseluruhan, inflasi teras diunjurkan kepada purata 2 peratus hingga 3 peratus manakala inflasi keseluruhan diramalkan berada dalam lingkungan 2.5 peratus hingga 3.5 peratus.



Inflasi elektrik dan gas melonjak pada bulan lalu kepada 17.2 peratus, disebabkan kenaikan tarif elektrik dan gas yang lebih curam akibat kos bahan api yang lebih tinggi.



Tarif elektrik untuk isi rumah - termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) - dinaikkan kepada 27.22 sen setiap kilowatt jam (kWj) bagi suku pertama tahun ini, meningkat daripada 25.80 sen setiap kWj pada suku sebelumnya.



Begitu juga, tarif gas untuk isi rumah - termasuk GST - telah disemak naik kepada 21.62 sen setiap kWj daripada 20.37 sen setiap kWj sewaktu tempoh yang sama.



Ini bermakna pada asas tahun ke tahun, tarif elektrik meningkat sebanyak 22.6 peratus pada Januari, manakala tarif gas meningkat sebanyak 17.3 peratus.



Inflasi makanan juga meningkat sehingga 2.6 peratus, mencerminkan inflasi yang lebih tinggi bagi kedua-dua makanan tidak dimasak dan makanan yang telah disediakan, kata MAS dan MTI.



Sementara itu, kos runcit dan barangan lain masih merosot, tetapi pada kadar yang lebih perlahan.



Harga pakaian dan kasut serta produk penjagaan diri mencatatkan kemerosotan yang lebih kecil, manakala harga produk perubatan dan barangan tahan lama isi rumah meningkat dengan lebih kukuh.



Sebaliknya, inflasi penginapan tumbuh sehingga 3.1 peratus disebabkan peningkatan yang ketara dalam sewa rumah.



Bagaimanapun, inflasi perkhidmatan merosot kepada 2.4 peratus apabila perbelanjaan percutian dan tambang penerbangan jatuh, manakala yuran perkhidmatan telekomunikasi menurun dengan lebih mendadak.



MAS dan MTI berkata bahawa inflasi tambang penerbangan jatuh secara berurutan pada Januari, mencerminkan penyederhanaan dalam tambang asas serta kos yang lebih rendah bagi ujian wajib Covid-19 yang timbul daripada kelonggaran keperluan ujian di bawah Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL).



Ini membawa kepada peningkatan tahun ke tahun yang lebih kecil dalam kos tambang penerbangan pada Januari berbanding Disember 2021.



Inflasi pengangkutan privet juga jatuh, kepada 14 peratus, disebabkan kenaikan kecil pada harga kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >