Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar jangka masa ‘tinggal’ di hospital meningkat selepas Covid-19

Jul 05, 2023 | 08:27 PM



Sedang Singapura keluar daripada krisis Covid-19, hospital mendapati bahawa kadar jangka masa “tinggal” di hospital telah meningkat, daripada 6.1 hari kepada tujuh hari, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.

Ini bermakna penggunaan katil-katil hospital meningkat 15 peratus dan merupakan penyebab utama bagi tempoh masa menunggu lebih lama kemasukan ke hospital.

Menyatakan demikian di Parlimen pada Rabu, Dr Janil berkata pesakit yang perlu tinggal lebih lama di hospital merupakan mereka yang lebih tua dengan komorbiditi dan dengan keadaan kompleks.

Situasi ini diburukkan lagi dengan projek-projek prasarana penjagaan kesihatan yang tertangguh akibat Covid-19.

“Kami sedang bekerja secara aktif untuk meningkatkan kapasiti katil akut, kapasiti katil hospital masyarakat dan kemudahan penjagaan peralihan bagi mengatasi masalah kapasiti yang terhad.

“Buat sementara waktu, hospital kami akan terus merawat kes-kes yang mengancam nyawa di Jabatan Kecemasan (ED) dengan segera dan menjalankan pembedahan mendesak dengan segera.

“Bagi pesakit dengan penyakit yang tidak mengancam nyawa yang perlu dirawat dalam wad, hospital akan mengerahkan pasukannya untuk mula jalankan siasatan dan rawatan dalam jabatan kecemasan, meskipun sebelum katil hospital siap sedia.

“Sekiranya perlu, kami akan memanfaatkan kapasiti hospital privet, seperti yang kami lakukan semasa Covid-19,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >