Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu jalani dua pembedahan barah sehari sepanjang 12 jam

Jun 26, 2023 | 05:31 AM



Jun adalah Bulan Penakat Barah Nasional yang bertujuan menyambut dan mengiktiraf mereka yang telah hidup menjangkaui diagnosis penyakit masing-masing. Siapakah mereka dan apakah pengalaman yang mereka lalui selepas disahkan menghidap barah? BERITA HARIAN memaparkan dua kisah pesakit yang tabah menghadapi pelbagai cabaran barah.


Kisah pesakit barah yang terpaksa menjalani pembedahan memang biasa didengar, namun untuk menjalani dua pembedahan dalam sehari sehingga beberapa organ terjejas dan terpaksa dibuang memang jarang dialami.

Itulah nasib yang dialami Cik Humizara Husin selepas doktor mengesahkan beliau menghidap barah buah dada selain ‘pseudomyxoma peritonei’ (PMP) – yang merupakan tumbuhan sel tumor dalam perut dan pelvis.

Lebih tepat lagi, beliau menjalani dua pembedahan sehari sepanjang tempoh 12 jam.

Cik Humizara, 51 tahun, berkata pada 2018 beliau telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kemudian dinasihati agar membuat penilaian di hospital.

Namun beliau tidak berbuat demikian kerana tidak mengalami sebarang rasa sakit pada ketika itu.

Sekitar setahun kemudian sekali lagi beliau menjalani pemeriksaan kesihatan dan kali ini terdapat tanda “yang kurang elok”, dan hanya selepas itu barulah beliau memilih untuk ke Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) untuk pemeriksaan lanjut.

“Semasa disahkan menghidapinya, saya tidak berfikir panjang dan mengikut nasihat doktor untuk membuang buah dada bahagian kiri.

“Saya juga diberitahu bahawa saya akan dibedah untuk membuang sebahagian organ saya yang terjejas akibat barah PMP. Saya pun jalani pembedahan pada 7 Januari 2020 – tarikh yang akan sentiasa diingati,” katanya semasa dihubungi.

Dalam pembedahan itu selain buah dada kirinya yang dibuang, organ lain yang terjejas dan dibuang juga termasuk limpa, suku daripada perut, apendiks, sebahagian ususnya, rahim, serviks, dan ovari beliau.

Akibat pembedahan utama itu yang berjalan selama 12 jam, beliau juga terpaksa memakai beg stoma – dipasang pada perutnya untuk mengeluarkan najis sehingga satu lagi pembedahan dilakukan untuk mengeluarkannya untuk tempoh tiga bulan lamanya.

Beliau kemudian dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) dan tidak sedarkan diri sepanjang 12 jam kemudian.

Sepanjang tiga hari beliau dimasukkan ke ICU sebelum dipindahkan ke Wad Rawatan Separa Rapi (HDW).

Ibu dua anak lelaki itu menganggarkan yang beliau dirawat di hospital untuk tempoh sekitar tiga minggu.

“Sepanjang tempoh itu memang tidak dapat saya bayangkan nasib yang akan menimpa saya selepas dibedah.

“Saya hanya berserah kepada Tuhan.

“Namun saya bernasib baik kerana mendapat sokongan keluarga sepanjang masa di hospital,” katanya yang selepas itu mengawal pemakanannya.

Ditanya kesan kepada kesihatannya kini, Cik Humizara berkata beliau terpaksa mengurangkan makan terlalu banyak dan juga mengelak makanan pedas selain yang mengandungi terlalu banyak serat.

Akibat pengalaman yang dilaluinya, Cik Humizara berkata berat badannya turun daripada 56 kilogram kepada 44 kilogram sebelum ia kembali naik kepada sekitar 49 kilogram sejak kebelakangan ini.

Cik Humizara menceritakan bahawa beliau menjalani kehidupan aktif sebelum menghidap kededua barah tersebut.

Antara lain, beliau yang bekerja sebagai pendidik sepenuh masa biasa menganjurkan kelas zumba selaku salah seorang jurulatih ganti untuk tempoh hampir lima tahun.

Beliau juga gemar melancong selain keluar bertemu rakan-rakannya.

Namun beliau terpaksa mengurangkan kegiatannya selepas disahkan menghidap penyakit tersebut.

Meskipun begitu, beliau tetap menyertai beberapa program di sebuah gimnasium sebagai satu cara mengekalkan kehidupan aktif.

Kini meskipun sudah kembali bekerja, namun Cik Humizara memilih mengurangkan beban kerjanya dan hanya melakukan sekitar 80 peratus kerja harian berbanding sebelum menjalani pembedahan tersebut.







“Saya tidak boleh duduk rumah tanpa lakukan apa-apa kerana sudah lama bekerja.

“Dan baru-baru ini pula, saya kembali ke gimnasium pada Jun ini menyertai sama kelas-kelas zumba yang berlangsung,” katanya yang terus mendapat sokongan suami, anak-anak dan adik-beradiknya yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >