Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar kelulusan peringkat ‘N’ meningkat sedikit

Dec 17, 2018 | 07:00 PM



KADAR kelulusan bagi peperiksaan peringkat ‘N’ tahun ini (2018) telah meningkat sedikit berbanding keputusan tahun lalu.



Sekitar 99.5 peratus daripada 9,917 pelajar aliran Normal Akademik N(A) lulus peperiksaan itu tahun ini, lebih baik daripada kadar 99.4 peratus pada 2017.



Pada masa yang sama, 76.9 peratus pelajar dari aliran ini juga layak melangkah ke Menengah 5 tahun lalu, berbanding 76.6 peratus tahun lalu.



Pelajar yang dinaikkan ke Menengah 5 kursus N(A) meraih agregat tidak melebihi 19 mata dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan tiga subjek terbaik. Mereka juga perlu meraih sekurang-kurangnya Gred 5 bagi semua subjek.



Pada Isnin (17 Disember) pelajar yang menduduki peperiksaan peringkat ‘N’,  kembali ke sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.



Sejumlah 9,917 pelajar mengikuti kursus N(A), sementara lagi 4,715 pelajar menuruti kursus Normal Teknikal N(T).



Kadar kelulusan bagi pelajar dari kursus N(T) tahun ini adalah 97.5 peratus, lebih tinggi daripada peratusan 96.9 peratus yang diraih tahun lalu, kata Kementerian Pendidikan (MOE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >