Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar kesuburan Singapura terus merosot

Jul 04, 2019 | 08:04 PM



KADAR kesuburan keseluruhan di Singapura terus merosot walaupun kadar perkahwinan kekal stabil, menurut Jabatan Statistik Singapura.



Namun ini tidak bermakna warga Singapura tidak mahukan anak.



Menurut tinjauan yang dijalankan pertubuhan kebajikan sukarela, I Love Children (ILC), tahun lalu ke atas 1000 responden berusia antara 21 dengan 39 tahun, mereka mendapati 69 peratus responden inginkan anak dalam tiga tahun pertama perkahwinan mereka.



Malah, di antara 200 pasangan yang baru berkahwin, 77 peratus di antara mereka mahu mendapat anak dalam tiga tahun pertama.



Di kalangan responden yang cuba mendapat anak pertama dan kedua pula, hampir 40 peratus tidak puas hati dengan usaha mereka ingin mendapat anak dan menghadapi kesusahan.



Menurut pakar sakit puan Pusat Wanita Thomson, Dr Tan Kai Lit, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada tahap kesuburan yang rendah.



Antaranya termasuk usia yang semakin meningkat, kedatangan haid yang tidak tetap dan berat badan.



Namun, beliau berkongsi bahawa langkah mengenal pasti masalah kesuburan lebih awal, seperti menjalani pemeriksaan kesihatan kesuburan, dapat membantu.



"Jika terdapat sebarang isu untuk mendapatkan anak, anda dapat mengetahuinya lebih awal, dan menerima nasihat yang sesuai sama ada anda memerlukan perubatan, pembedahan, atau teknik lain," jelasnya di sidang media yang diadakan di Perpustakaan Awam Sengkang hari ini (4 Julai) sempena pelancaran Kempen Ketahui Kesejahteraan Kesuburan Anda oleh ILC.



Tahun ini, kempen ini ingin memberi tumpuan kepada pemeriksaan kesihatan kesuburan, dan menggalakkan pasangan untuk menjalaninya.



Disokong oleh Pusat Kesuburan Thomson, 200 pasangan yang sudah berkahwin akan mendapat tajaan bagi pemeriksaan kesuburan yang biasanya berharga $400.



Maklumat lanjut boleh didapati di https://ilovechildren.sg/fertility-health-check-2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >