Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar pekerjaan pulih, naik pada suku pertama 2021

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



PASARAN buruh Singapura terus mencatatkan pemulihan daripada kesan pandemik Covid-19, dengan kadar pekerjaan keseluruhan tumbuh buat kali pertama dalam tiga bulan pertama tahun ini selepas merosot empat suku berturut-turut.



Kadar pekerjaan, tidak termasuk pekerja domestik asing, meningkat seramai 12,200 pekerja, menurut laporan pasaran buruh bagi suku pertama tahun ini yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Jumlah itu lebih tinggi berbanding 4,800 pekerja yang dilaporkan dalam perangkaan awal pada April lalu.



Peningkatan tersebut didorong oleh kenaikan dalam kadar pekerjaan penduduk yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan.



Kenaikan itu dilihat secara meluas dalam industri diterajui sektor maklumat dan komunikasi; khidmat makanan dan minuman; khidmat kesihatan dan sosial; khidmat pentadbiran dan sokongan; pentadbiran awam dan pendidikan; dan khidmat profesional.



Kadar pekerjaan bukan penduduk pula terus merosot, sebahagiannya disebabkan sekatan dalam kemasukan pekerja asing ke Singapura atas sebab-sebab kesihatan awam semasa pandemik Covid-19 ini.



Namun, pasaran buruh belum kembali sepenuhnya kepada keadaan sebelum Covid-19, dengan ketidakpastian ekonomi dan langkah-langkah diperketat di bawah Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) baru-baru ini dijangka menjejas pemulihan pasaran buruh dalam suku kedua, kata MOM.



Kadar pengangguran, termasuk kadar pengangguran jangka panjang penduduk, tetap tinggi pada Mac.



Sementara itu, kadar pengangguran purata tahunan bagi belia yang merupakan penduduk mencapai 10.6 peratus tahun lalu, lebih tinggi berbanding 8.8 peratus semasa krisis kewangan sejagat pada 2009 dan 9.3 peratus semasa pandemik Sars pada 2003.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata meskipun statistik terkini menunjukkan tanda-tanda baik, hambatan boleh dijangkakan



"Kami akan menghadapi liku-liku dan kemungkinan hambatan. Malah, langkah diperketat di bawah Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat) bulan lalu dijangka membawa kepada beberapa liku tajam. Pemulihan juga dijangka lebih tidak merata dalam seluruh sektor daripada dijangkakan sebelum ini," kata beliau.



Kadar pengangguran di sini terus berkurangan, mencapai 2.9 peratus bagi kadar keseluruhan, 4.2 peratus bagi rakyat dan 4 peratus bagi penduduk pada Mac, tetapi ia tetap lebih tinggi berbanding paras pengangguran sebelum pandemik.



Seramai 2,270 individu diberhentikan kerja dalam tiga bulan pertama tahun ini, lebih rendah berbanding 5,640 individu dalam suku keempat dan 9,120 individu dalam suku ketiga tahun lalu.



Kadar individu yang mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas diberhentikan kerja pula meningkat bagi dua suku berturut-turut kepada 66 peratus.




“Kami akan menghadapi liku-liku dan kemungkinan hambatan... Pemulihan juga dijangka lebih tidak merata dalam seluruh sektor daripada dijangkakan sebelum ini.”
– Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >