Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian: Keluarga berpendapatan rendah terjejas teruk oleh pemutus rantaian

Masyarakat Melayu lebih terjejas berbanding masyarakat lain, dengan lebih dari separuh menyatakan kebimbangan mengenai keadaan kewangan mereka
Aug 25, 2021 | 05:30 AM



TEMPOH pemutus rantaian jangkitan yang dilaksanakan di Singapura tahun lalu bagi mengekang Covid-19, mempunyai kesan berbeza terhadap keluarga-keluarga di sini.



Mereka yang berpendapatan kurang $3,000 sebulan paling teruk terjejas dengan penutupan ekonomi itu, dengan kebanyakan mereka mempunyai kesukaran membayar perbelanjaan harian.



Sebaliknya, kesan sosial akibat tempoh pemutus rantaian jangkitan itu dirasakan secara meluas terhadap semua segmen masyarakat di sini, menurut penyelidik dalam satu kertas kajian oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S.Rajaratnam.



Menurut kajian itu, lebih empat dari setiap 10 isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang $1,000 dan lebih 30 peratus mereka yang mempunyai gaji antara $1,000 dengan $2,900 menghadapi kesukaran membayar perbelanjaan kehidupan mereka.



Secara purata, kurang tiga dari 10 isi rumah dari golongan berpendapatan tinggi, melaporkan isu serupa.



Responden dari keluarga berpendapatan rendah mendapati gaji mereka terjejas dalam tempoh itu. Secara purata, lebih separuh dari isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang $1,000 dan hampir separuh dari mereka yang bergaji antara $1,000 dengan $2,900 melaporkan gangguan terhadap pendapatan ini.



Keadaan serupa jarang dilihat bagi golongan berpendapatan tinggi. Misalnya, empat dari 10 isi rumah bergaji antara $8,000 dengan $9,900 dan kurang tiga dari setiap 10 isi rumah, yang mempunyai gaji antara $10,000 dengan $14,900, melaporkan gangguan terhadap pendapatan mereka.



Tinjauan itu yang ditulis oleh enam penulis termasuk Dr Patrick Daly, penyelidik kanan dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan penolong profesor di Jabatan Sosiologi NTU, Dr Laavanya Kathiravelu.



Tempoh pemutus rantaian jangkitan itu berlaku dari 7 April hingga 1 Jun tahun lalu apabila kebanyakan syarikat dan khidmat ditutup kecuali yang penting sahaja.



Tinjauan itu menunjukkan mereka yang bergaji $1,000 hingga $4,000 sebulan menerima sokongan lebih tinggi dari pemerintah.



Lebih separuh dari responden itu melaporkan tempoh itu menjejas kegiatan sosial mereka dan 44 peratus menyatakan ia mengganggu kegiatan jasmani mereka.



Penyelidik menyatakan kajian lanjut diperlukan untuk menilai sama ada gangguan sosial yang berpanjangan akan mempunyai kesan negatif terhadap psikologi individu serta menjejas emosi dan tekanan domestik.



Mereka juga mendapati bahawa tempoh itu lebih menjejas responden Melayu dari responden Cina dan India.



Responden Melayu, secara purata, mendapati pendapatan mereka terjejas.



Lebih satu pertiga dari mereka menyatakan keupayaan mereka membayar perbelanjaan kehidupan terjejas ekoran tempoh pemutus rantaian jangkitan, berbanding kurang tiga bagi setiap 10 bagi masyarakat lain.



Lebih separuh dari orang Melayu menyatakan mereka amat bimbang mengenai keadaan kewangan mereka, berbanding lebih satu pertiga bagi responden Cina dan India.



Mengulas mengenai dapatan itu kepada The Straits Times (ST), sekretariat bagi program M Kuasa Tiga (M3), yang meliputi Mendaki, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Mesra, menyatakan bahawa sejak setahun setengah yang lalu, setiap warga Singapura menghadapi cabaran dan gangguan akibat Covid-19.



"Banyak sektor yang terjejas dan menjejas pendapatan. Ada yang lebih terjejas dari yang lain," kata sekretariat itu, sambil menyatakan bahawa banyak inisiatif pemerintah disediakan bagi membantu warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >