Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian menyeluruh kesan kanser hati lebih awal

Aug 02, 2021 | 05:30 AM



SATU kajian seluruh negara sedang dijalankan untuk mengesan salah satu jenis barah yang menjadi pembunuh utama di Singapura.



Kanser hati, atau lebih dikenali sebagai hepatocellular carcinoma (HCC) adalah sejenis barah yang menjadi pembunuh kanser ketiga bagi lelaki dan pembunuh kanser keempat bagi kaum wanita.



Hanya 20 peratus pesakit HCC didiagnosis pada tahap awal, di mana mereka berpeluang untuk sembuh, lapor akhbar The Straits Times semalam.



Kajian Elegance yang dipimpin Pusat Kanser Nasional Singapura (NCCS) bertujuan untuk melakukan diagnosis awal lebih tepat.



Ia juga akan baiki algoritma kecerdasan buatan (AI) untuk meramalkan risiko seseorang yang mengalami gejala penyakit itu dan menemui sasaran molekul baru untuk mencegah perkembangan HCC.



Profesor Pierce Chow, Penyelidik utama kajian ini berkata:



"Setelah merawat pesakit barah hati selama lebih daripada 20 tahun, saya lihat keperluan mendesak untuk meramalkan dengan lebih baik penyakit ini, memberi diagnosis awal dan menyediakan rawatan yang dapat memberi hasil lebih baik."



Beliau merupakan perunding kanan di bahagian pembedahan dan pembedahan onkologi di Hospital Besar Singapura (SGH) dan NCCS.



Di Singapura, faktor risiko tinggi HCC termasuk sirosis hati (hati yang mengeras), jangkitan hepatitis B atau C kronik, penyakit hati berlemak tanpa alkohol dan pengambilan alkohol berlebihan.



Penyakit hati berlemak tanpa alkohol, yang meningkat secara global, antaranya disebabkan diet makanan Barat.



Sebilangan pakar percaya peningkatan penggunaan fruktosa (seperti minuman ringan dan biskut) telah menyumbang kepada keadaan ini, kata Profesor Chow.



Kajian ini akan dijalankan selama empat tahun dan peserta harus ke tempat di mana mereka direkrut untuk tindakan lanjut setiap enam bulan, dengan sebanyak tujuh lawatan.



Sampel bio mereka (darah, air kencing dan najis) akan dikumpulkan, dan ujian darah serta 'ultrasound' akan dilakukan pada setiap lawatan.



Sekiranya pesakit-pesakit ini menghidap HCC semasa tempoh pemantauan, mereka akan dirawat dengan sewajarnya dan masih dapat terus memberikan data untuk kajian ini.



Tidak ada kos yang terlibat dalam penyertaan dalam kajian ini, kecuali peserta yang menghidapi HCC dan perlu menjalani rawatan.



Kajian ini akan merangkumi maklum balas dari SGH, Hospital Universiti Nasional (NUH), Hospital Besar Changi, Hospital Besar Sengkang dan Hospital Tan Tock Seng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >