Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HAYATI SENI SILAT SG

Kajian papar keindahan silat

Sep 30, 2019 | 05:30 AM



Ramai yang tahu akan ilmu silat, malah ramai juga yang mempelajarinya. Tapi, tahukah anda bahawa terdapat hampir 50 kumpulan silat yang wujud di Singapura? Ikuti laporan MUHAMMAD EDRIE RIZWAN (edrieam@sph.com.sg) yang menjejaki sejarah silat Singapura bersama Dr Mohamed Effendy Abdul Hamid dan empat lagi pakar silat yang mengamalkan silat dari kaum etnik yang berbeza.



RAMAI daripada kita tahu akan keindahan seni mempertahanan diri Melayu ataupun silat yang sering dilihat di majlis perkahwinan atau acara-acara rasmi.



Tapi tahukah anda terdapat hampir 50 kumpulan silat yang ada di Singapura?



Itulah misi pakar sejarah dari jabatan pengajian Asia Tenggara di Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Mohamed Effendy Abdul Hamid.



Dalam kajiannya kali ini yang disokong Lembaga Warisan Negara (NHB), beliau ingin mencatat sejarah, budaya dan evolusi kumpulan silat di Singapura.



Silat merupakan salah satu aspek inventori Warisan Budaya Tidak Bermaterial Singapura.



Pada 2017, beliau merakam sejarah seni Silat Gayong Pasak, kini beliau ingin melakukan perkara yang sama terhadap kesemua kumpulan.



Sejauh ini, beliau telah mengkaji beberapa perkara menarik tentang silat.



Antaranya, keturunan anak sulewatang Sultan Singapura, Sultan Ali, Encik Faisal Nordin, yang juga pembantu penyelidiknya.



"Faisal kini berada di Sulawesi untuk mencari bukti dan merakam perguruan yang berada di Sulawesi," kata Dr Effendy.



Dr Effendy menemuramah penggiat silat dan bertanya apakah sejarah perguruan mereka, mengapa pengasas mereka datang ke Singapura untuk mengajar, dan bagaimana mereka terangkan intipati seni silat mereka sendiri?



"Terdapat 3 jenis kumpulan yang wujud di Singapura. Pertama, yang berkembang daripada asal. Kedua, yang masih mengekalkan keasliannya. Dan yang terakhir, paling menarik sekali, yang yang cuba membentuk seni unik berdasarkan pemerhatian gaya yang lain," kata beliau.



Dr Effendy juga berkongsi bahawa terdapat tiga gelombang yang menyebabkan silat berkembang di Singapura.



"Gelombang pertama merupakan silat yang telah wujud di Singapura. Lebih banyak yang harus dikaji tetapi melihatkan bukti catatan British dari awal kurun ke-19, Sulewatang Bugis sudah lama wujud di Singapura dan Johor Lama.



"Yang kedua, silat yang tiba selepas Singapura ditubuhkan sebagai pusat dagangan selepas 1819, yang dibawa pendatang di rantau ini.



Dan yang terakhir sekali, silat yang tiba di Singapura apabila Singapura sedang benar-benar berkembang pada tahun 1950-an dan 1960-an," jelas Dr Effendy.



Jika pada masa lalu, salah satu tugas mereka yang kaya dengan ilmu silat adalah sebagai seorang pendekar untuk menjadi pelindung kepada kerabat Diraja.



Namun, apakah tujuan mereka sekarang kerana Singapura sudah tiada raja?



"Pendekar masih lagi penting kerana ia merangkumi sifat dan ciri bangsa dan budaya Melayu. Kini makna pendekar sudah berubah. Seorang pendekar harus mencontohi nilai-nilai yang terbaik, membimbing anak muda, dan yang penting sekali silat dan solat," jawab Dr Effendy.



Apabila ditanya apakah yang beliau harap daripada kajian ini, Dr Effendy berkata beliau berharap ia dapat menjadi wadah untuk anak muda meneroka semula warisan mereka.



"Mungkin apabila mereka dapat tahu bahawa wujudnya silat Bugis, Jawa atau Boyan, mereka lebih teringin untuk pelajari silat tersebut kerana mereka sendiri mempunyai darah bangsa itu," kata Dr Effendy.



Selain mencatat sejarah perguruan silat, beliau memberi fokus kepada busana, adat istiadat persilatan.



"Bab ini Faisal buat kajian kerana beliau lebih tahu tentang budaya silat daripada saya. Saya memberi lebih perhatian kepada sejarah silat," ujarnya.



Semenjak diperkenalkan pada 2015, NHB, menerusi Geran Kajian Warisannya, telah menyokong sebanyak 30 projek kajian daripada sembilan institusi tinggi dan wadah pemikir.



"Kami menyokong projek kajian ini kerana ia memberi perhatian kepada kedua-dua seni tradisional dan juga pengamal silat, kami harap dapat merangkumi penemuan kajian dan entri 'silat' kami ke dalam inventori ICH," kata Encik Alvin Tan, Timbalan Ketua Eksekutif NHB (Dasar & Masyarakat).



Dr Effendy menjangka kajian beliau akan lengkap pada Oktober 2020 di mana satu laman web akan dibuka agar orang ramai boleh pelajari tentang sejarah Orang-orang Diraja dan juga Pendekar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >