Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian ROMM dapati ramai pasangan raih manfaat program 'Bersamamu'

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



RAMAI telah meraih manfaat daripada program 'Bersamamu', yang menawarkan bimbingan oleh Naib Kadi kepada pasangan sebelum dan sehingga dua tahun pernikahan, sejak ia dilancarkan tiga tahun lalu.



Satu kajian yang dijalankan oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM) terhadap pasangan yang telah menjalani program tersebut mendapati bahawa pasangan telah memberi markah sebanyak 4.63 daripada lima bagi menilai kepuasan terhadap khidmat yang diberikan.



Mendedahkan dapatan ini semalam semasa Simposium Serantau Konsortium Ketiga Institusi Keluarga di Rantau Asia dan Persidangan Keluarga Asia Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), (Cifa-AFC 2022), Pendaftar Pernikahan Orang Islam di ROMM, Ustaz Nor Razak Bakar, berkata maklum balas ini amat merangsangkan.



Menurutnya, dapatan kualitatif awal yang dibentangkan ini adalah berdasarkan sesi temu bual mendalam melibatkan 19 pasangan dan juga tinjauan dalam talian daripada 520 responden yang merupakan peserta program 'Bersamamu'.



Melalui maklum balas yang diberikan melalui sesi temu bual dan tinjauan ini, Ustaz Nor Razak berkata mereka telah mendapati bahawa perkara yang banyak membantu pasangan-pasangan ini adalah hubungan baik bersama Kadi atau Naib Kadi.



"Ramai pasangan mendapati Kadi/Naib Kadi mereka mesra.



"Ramai yang merasa selesa dan selamat untuk bertanya dan terlibat dalam perbincangan mengenai topik yang berpotensi sensitif, contohnya hal kewangan atau rumah tangga," katanya.



Pada masa yang sama, Ustaz Nor Razak juga berkata ramai pasangan menghargai sokongan Kadi/Naib Kadi melalui proses akad nikah.



Ia membantu mengurangkan tekanan dalam perancangan perkahwinan dan majlis mereka.



Beberapa pasangan warga asing turut berterima kasih atas sokongan dan tunjuk ajar melalui proses pentadbiran yang rumit dan dokumentasi yang diperlukan untuk berkahwin secara tempatan.



Selain itu, pasangan yang menjalani program ini turut bergembira dapat mempelajari perkara baru melalui Kadi/Naib Kadi tentang agama, perkahwinan, diri sendiri dan pasangan yang membolehkan mereka memperoleh perspektif baru melalui topik dan perbualan.



"Kadi/Naib Kadi telah berjaya sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada pasangan bahawa sesi tersebut adalah untuk menilai sekali lagi sejauh mana aspek persediaan mereka berumah tangga.



"Pada masa yang sama, memberi mereka 'tip' tentang kemahiran dalam hidup berumah tangga dan memberi panduan agar mereka dapat melengkapkan diri untuk sama ada merancang kewangan, komunikasi antara suami isteri," kata Ustaz Nor Razak.



Mengulas tentang sesi bersemuka (f2f) sebelum pernikahan, Ustaz Tarmizi Wahid, Naib Kadi di ROMM, berkata ia merupakan salah satu aspek program 'Bersamamu' yang amat penting bagi pasangan baru.



"Ia merupakan peluang pertama bagi kami melihat sekiranya pasangan ini mempunyai masalah-masalah tertentu dan memerlukan bantuan lebih daripada kami atau agensi lain.



"Selepas berkenal, mereka lebih selesa untuk membuat aduan kepada kami setelah mendirikan keluarga," katanya sambil menambah bahawa apabila pasangan menghubunginya, ia merupakan petanda baik di mana pasangan merujuk kepada sokongan yang baik untuk menyelesaikan masalah mereka.



Menekankan kepentingan tinjauan ini, Ustaz Nor Razak berkata mereka dapat menggunakan data baru ini untuk terus memperbaiki program ini untuk pasangan baru pada masa akan datang.



Memuktamadkan rangka kerja laporan dan penilaian untuk program 'Bersamamu' seterusnya akan dimaklumkan dengan lebih lanjut pada masa akan datang.



Program 'Bersamamu' merupakan antara inisiatif di bawah Bidang Tumpuan 1 (FA1) M3 - iaitu untuk menyokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak - yang diterajui Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




"Ramai pasangan mendapati Kadi/Naib Kadi mereka mesra.

Ramai yang merasa selesa dan selamat untuk bertanya dan terlibat dalam perbincangan mengenai topik yang berpotensi sensitif, contohnya hal kewangan atau rumah tangga."

- Pendaftar Pernikahan Orang Islam di Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), Ustaz Nor Razak Bakar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >