Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kajian sahkan sarapan hidangan terpenting, boleh tentukan paras gula darah

Jun 20, 2016 | 10:34 AM



PENYELIDIK di Pusat Penyelidikan Pemakanan Klinikal (CNRC) di Singapura telah membuktikan mengapa sarapan hidangan paling penting: Apakah yang dimakan semasa sarapan menetapkan paras gula dalam darah sepanjang hari.



Pusat itu menunjukkan mereka yang makan makanan yang mempunyai indeks glisemik (GI) rendah semasa sarapan dan minum petang mempunyai kurang gula dalam darah bagi baki hari itu.



GI mengukur paras gula dalam darah daripada karbohidrat yang dimakan. Tindak balas glisemik ialah jumlah gula dalam darah dari semasa ke semasa yang terhasil daripada makanan.



Kajian pusat itu mendapati walaupun peserta ditawarkan hidangan bufet makan tengah biasa dan bebas memakan apa saja yang mereka mahu semasa makan malam, apa yang mereka makan semasa sarapan menghasilkan perbezaan besar dari segi tindak balas glisemik mereka.



Perbezaan itu lebih besar pada hari kedua kajian.



Ketua CNRC, Profesor Jeyakumar Henry, yang juga salah seorang penyelidik terlibat, memberitahu akhbar The Straits Times: "Oleh itu, apa yang anda makan semasa sarapan menetapkan tindak balas glukosa anda pada sepanjang hari pada takat lebih rendah."



Penyelidik menganjurkan dua sebab bagi perkara itu. Satu ialah mereka yang makan sarapan GI rendah mungkin lebih kenyang dan makan kurang semasa makan tengah hari.



Satu lagi ialah apalah yang dipanggil "kesan makan kedua", di mana hidangan GI rendah pada sesuatu waktu makan mengurangkan tindak balas glukosa pada waktu makan seterusnya.



Dapatan kajian itu diterbitkan tahun lalu dalam Jurnal Endokrinologi Klinikal dan Translasi.



Para penyelidik itu mencadangkan bahawa sarapan GI rendah "boleh membantu mengurangkan risiko mendapat kencing manis jenis 2", yang berpunca daripada paras gula darah tinggi.



Selama dua hari, 11 peserta lelaki kajian itu diberi sarapan dan minum petang GI rendah atau tinggi, hidangan tengah hari biasa dan bebas memilih sendiri hidangan bagi makan malam mereka.



Setiap seorang daripada mereka memakai mesin pemantauan glukosa berterusan yang menguji glukosa darah mereka setiap lima minit sepanjang 48 jam.



Seminggu kemudian, mereka melalui keseluruhan proses sekali lagi, tetapi mereka yang asalnya mempunyai sarapan GI rendah sekarang mempunyai versi GI tinggi.



Perbezaan dalam tahap gula dalam darah, walaupun semalaman, jauh lebih rendah bagi sarapan GI rendah.



Paras gula tinggi dalam darah memberi tekanan pada pankreas, yang terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk menggerakkan gula itu ke otot, di mana ia diubah menjadi tenaga.



Dari masa ke masa, terlalu banyak tekanan mengurangkan keberkesanan pankreas. Apabila pankreas secara konsisten tidak dapat menggerakkan gula, seseorang itu mengalami kencing manis.



Paras gula dalam darah juga meningkatkan dengan banyak risiko penyakit kardiovaskular, buta dan kegagalan ginjal.



Kejadian kencing manis di Singapura antara yang tertinggi dalam kalangan negara maju, dengan seorang daripada empat orang di sini mengalami kencing manis atau menuju ke arah penyakit itu.



Contoh sarapan GI rendah:



Mihun goreng kilas, capati mil penuh, emping oat (bijirin penuh), roti mil penuh , roti doh masam, roti mil penuh, muesli (dengan lambang Healthier Choice), semua bijirin sarapan bran



Contoh sarapan GI tinggi:



Pulut, nasi lemak, ketupat, jemput-jemput, putu mayam, roti prata, oat masak segera/cepat, roti putih, cornflake dan lain-lain bijirin sarapan bersalut gula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >