Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kaki kudung tidak patahkan semangat warga cari rezeki

Nov 29, 2020 | 05:30 AM



PENDUDUK kawasan perumahan Clementi, mungkin pernah melihat seorang lelaki berkaki kudung mencari rezeki menghantar makanan dengan menggunakan kerusi roda bermotornya.



Walaupun hanya mempunyai satu kaki, Encik Saire Adnan, 37 tahun, tidak membiarkan kecacatannya sebagai penghalang bagi menyara hidup sebagai seorang penghantar makanan.



Beliau, yang bakal menamatkan zaman bujangnya bulan depan, perlu juga menjaga ibunya yang kini sedang dirawat di unit penjagaan kecemasan (ICU) di hospital kerana menghidapi penyakit buah pinggang.



Mengongsi kisahnya, Encik Saire berkata beliau terlibat dalam satu kemalangan di Taman Jurong apabila beliau hilang kawalan ketika menunggang basikal pada 1993 semasa usianya hanya 10 tahun.



Setelah terjatuh, sebuah lori treler melanggarnya sehinggakan beliau terpaksa dirawat selama enam bulan di hospital.



Selepas keluar dari hospital, beliau masih boleh berjalan dengan dua kakinya walaupun menghadapi kesukaran.



"Sejak 2000, kaki saya akan bengkak setiap kali berjalan jauh. Pada 2013, doktor kata kaki kanan saya sudah kena jangkitan bakteria dan perlu dipotong.



"Saya beritahu doktor saya perlukan kaki saya untuk bekerja. Tetapi, doktor saya berkata ia harus dipotong supaya dapat menyelamatkan nyawa saya.



"Saya amat sedih setelah pembedahan itu dan mengalami kemurungan.



"Ramai keluarga dan rakan-rakan nasihatkan saya supaya jangan sedih. Saya hanya dapat bersabar dan mengingatkan diri bahawa kaki ini hanya dipinjamkan tuhan sahaja," kata beliau, yang sebelum ini bekerja sebagai seorang pekerja pembersihanan di sebuah kondominium.



Menguatkan diri dan memupuk semangat yang baru untuk mencari rezeki, anak kedua daripada enam beradik itu berusaha mencari pekerjaan yang baru. Ibunya merupakan ibu tunggal.



Menurutnya, beliau pernah bekerja di pusat panggilan tetapi ia tidak bertahan lama.



"Walaupun saya masih boleh menggunakan tangan saya untuk mengangkat panggilan, bekas majikan berkata mereka risau sekiranya insurans tidak dapat digunakan sekiranya apa-apa terjadi kepada saya. Jadi saya pun terpaksa meninggalkan pekerjaan itu," katanya, sambil menambah pada masa itulah beliau memutuskan untuk menjadi seorang penghantar makanan.



Berkongsi pengalamannya sebagai seorang penghantar makanan, Encik Saire berkata cabarannya ialah beliau mengambil masa lebih lama berbanding orang yang normal.



"Oleh kerana pelanggan tidak tahu keadaan saya, ada pelanggan yang marah kerana saya terlewat menghantar makanan.



"Saya hanya dapat meminta maaf dan menjelaskan kepada mereka bahawa saya kurang upaya. Kadangkala mereka tidak percaya sehingga mereka melihat saya di depan mata.



"Tetapi, ada juga pelanggan yang baik hati. Mereka kadangkala memberi saya air atau tip tambahan serta memberikan kata-kata penghargaan.



"Terdapat satu kali, ada seorang yang memeluk saya kerana beliau terharu dan tidak sangka ada orang seperti saya yang bekerja keras untuk menghantar makanan setiap hari," jelasnya.



Berkongsi dengan lebih lanjut, kata-kata penghargaan tersebut terus membakar semangat dan memberinya motivasi untuk teruskan bekerja sebagai seorang penghantar makanan.



Walaupun Singapura secara perlahan-lahan menjadi inklusif terhadap mereka yang kurang upaya, Encik Saire berharap lebih banyak dapat dilakukan untuk membantu golongan seperti beliau.



"Memang pekerjaan ini sukar, tetapi saya perlu lakukannya untuk menyara keluarga saya.



"Jadi saya berharap orang lain seperti saya tidak berputus asa dan terus mencuba untuk menyara hidup mereka sendiri. Jika saya boleh, anda juga boleh lakukannya," ujar beliau, yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >