Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kalkulator bantu pesakit ketahui kos kemoterapi, rawatan barah

Aug 20, 2022 | 06:34 PM



KALKULATOR bagi membuat perkiraan kos rawatan kemoterapi dan penyakit barah telah dilancarkan pada 19 Ogos lalu untuk membantu pesakit mendapat anggaran perbelanjaan rawatan mereka.





Ini ketika terdapat perubahan yang akan datang kepada model insurans penyakit barah Kementerian Kesihatan nanti, menurut laporan The Straits Times hari ini (20 Ogos).





Mulai bulan depan, hanya rawatan ubat yang terbukti secara klinikal dan kos efektif dalam Senarai Ubat Barah baru akan layak untuk tuntutan di bawah MediSave dan MediShield Life, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang kos rawatan penyakit barah yang meningkat.





“Ini bermakna setiap ubat kini mempunyai had tuntutan individu tertentu dan kelayakannya untuk subsidi bergantung pada sebab yang ditetapkan,” kata Dr Jen Wei Ying, perunding bersekutu di Jabatan Hematologi-Onkologi di Institut Barah Universiti Nasional, Singapura (NCIS).





“Subsidi juga akan ditentukan oleh pendapatan isi rumah per kapita pesakit, kelayakan untuk skim pemerintah lain dan status pemastautin,” katanya.





Selain itu, kerana kebanyakan ubat penyakit barah ditetapkan frnhsn beberapa ubat yang lain, hanya satu tuntutan boleh dibuat - dan ini akan menjadi ubat dengan had tuntutan tertinggi.





 Ini menjadikan anggaran perbelanjaan dan kaunseling kewangan lebih kompleks untuk pesakit yang diberi gabungan ubat-ubatan dengan had tuntutan yang berbeza, katanya.





Kos yang ditanggung semasa rawatan penyakit barah, seperti kos ubat menahan muntah atau loya, akan mempunyai had pembayaran balik yang berasingan mulai September, tambahnya.





Oleh itu, satu pasukan dari NCIS dan syarikat teknologi kesihatan kecerdasan buatan tempatan Bot MD menghasilkan kalkulator kos - dikenali sebagai ChemoCalc - untuk menganggarkan kos rawatan pesakit dan memberinya kaunseling kewangan.





Ketua Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Bot MD, Cik Dorothea Koh, berkata bahawa pelbagai skim - termasuk Senarai Ubat Barah, skim subsidi ubat seperti Dana Bantuan Ubat dan Senarai Ubat Standard, serta skim Generasi Perintis dan Generasi Merdeka - telah disepadukan ke dalam kalkulator.





Semua kakitangan di NCIS akan mempunyai akses kepada kalkulator melalui aplikasi atau pelayar web.





Doktor boleh menggunakan kalkulator itu untuk mendapatkan idea bagi perkiraan kos untuk pesakit dan memutuskan pilihan rawatan dan tindakan seterusnya, seperti merujuk pesakit kepada pekerja sosial perubatan, kata Dr Jen.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >