Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kamera pandang dalam lindungi drebar teksi, kereta sewa privet

Apr 09, 2018 | 07:30 PM



PEMANDU teksi dan kereta sewa privet kini mempunyai cara menangani penumpang yang cuba menipu tambang dan bercakap menggunakan kata kesat dengan adanya peraturan baru yang membolehkan mereka menggunakan kamera video yang menghala ke dalam kenderaan.



Peraturan baru yang berkuat kuasa semalam itu menjelaskan bahawa penggunaan kamera serupa di tengah-tengah perbincangan mengenai undang-undang bagi melindungi hak peribadi, lapor akhbar The Straits Times.



Penumpang yang tidak mahu gambar mereka dirakam boleh memilih tidak menggunakan perkhidmatan syarikat pengangkutan itu, kata Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi, dalam garis panduan baru yang dikeluarkannya mengenai rakaman dalam kenderaan oleh penyedia perkhidmatan pengangkutan.



Persatuan Teksi Nasional (NTA) telah melobi menggunakan kamera video menghala ke dalam teksi sejak 2015 bagi menangani masalah penumpang berkelakuan kasar dan mahu mengelak membayar tambang.



"Kamera serupa itu dapat mewujudkan perasaan lebih selamat, terutama bagi pemandu wanita, dan membantu menyelesaikan pertikaian," kata penasihat eksekutif persatuan tersebut, juga Penolong Ketua Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ang Hin Kee.



Beliau turut menyandang jawatan penasihat eksekutif Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional, yang mewakili kepentingan pemandu Uber dan Grab.



Meskipun tidak ada peraturan menghalang penggunaan kamera menghala ke dalam kereta sewa privet dan teksi, undang-undang hak peribadi telah mewujudkan beberapa ketidakpastian.



Ini kerana wajah atau suara seseorang adalah data peribadi, dan pada 2016, Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi memulakan satu siri rundingan secara tertutup dengan persatuan pemandu teksi dan kereta sewa privet, Persatuan Kenderaan Sewa, dan syarikat teksi serta kereta sewa mengenai penggunaan data sedemikian.



Selepas beberapa bulan, suruhanjaya tersebut, yang bekerja rapat dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), membangunkan garis panduan itu.



Walaupun garis panduan itu kelihatan memihak kepada pemandu, ia memerlukan syarikat perkhidmatan pengangkutan dan pemandu mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) yang berkuat kuasa pada 2 Julai 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >