Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kamera polis berkesan, lebih 200,000 akan dipasang serata pulau menjelang 2030

Oct 11, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 200,000 kamera polis - yang amat berkesan dalam mencegah jenayah serta mengenal pasti lokasi individu dilaporkan hilang - dijangka dipasang di serata Singapura menjelang 2030, daripada 90,000 yang tersedia sekarang.



Kamera itu akan dipasang di estet perumahan awam, pusat kejiranan dan pusat penjaja serta kawasan komersial dan hiburan, lapor akhbar The Straits Times.



Sejak usaha memasang kamera itu dimulakan pada 2012, alat tersebut membantu pegawai polis menyelesaikan lebih 5,000 kes.



Khamis lalu, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Kenneth Nge berkata kamera itu paling berkesan dalam menyelesaikan jenayah gangguan pemiutang haram dan kecurian.



DAC Nge, yang juga penolong pengarah divisyen sistem operasi polis, menambah bahawa kamera itu dapat mencegah jenayah fizikal.



Misalnya, kes kerosakan harta benda di estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) ekoran jenayah gangguan melibatkan pinjaman wang tidak berlesen berkurangan 67.9 peratus daripada 1,745 kes pada 2015 kepada 561 kes tahun lalu.



Jenayah kecurian kenderaan di tempat letak kereta pula berkurangan 82.1 peratus daripada 251 kes pada 2015 kepada 45 kes tahun lalu.



Kes pecah masuk di flat HDB berkurangan 56.8 peratus daripada 74 kes pada 2015 kepada 32 kes pada 2020.



Bilangan curi dari kenderaan di tempat letak kereta berkurangan 65.4 peratus daripada 690 kes enam tahun lalu kepada 239 kes tahun lalu.



DAC Nge berkata kamera polis itu telah dipasang secara progresif sejak 2012.



Kamera itu juga memberi petunjuk bagi mengenal pasti lokasi individu dilaporkan hilang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >