Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Kami Okami nak bantu anak muda lain berdaya maju’

Nov 21, 2023 | 05:30 AM



Dalam mengejar impian membuka perniagaan sendiri, Encik Khairulanwar Razali dan Encik Sheqal Armanda Sabarrudin perlu mengatasi pelbagai cabaran dan kesusahan.

Mereka adalah pemilik perniagaan Okami, yang menjual pakaian ‘Athleisure’ yang sesuai digunakan untuk kegiatan olahraga dan harian.

Mereka berhasrat bukan sahaja mencipta jenama pakaian sendiri, malah memberi sokongan kepada generasi muda yang menghadapi cabaran menjadi usahawan.

Dalam temu bual bersama Berita Harian, Encik Khairulanwar, 22 tahun, berkongsi:


“Saya masih ingat betapa sukarnya ketika memulakan perniagaan. Pada masa itu, saya tidak tentu arah kerana tiada orang yang membimbing saya.

“Oleh itu, saya berhasrat ingin memberi sokongan sosial dan moral kepada belia lain yang ingin mulakan perniagaan, agar mereka tidak berasa kesunyian atau kebingungan seperti yang saya alami dulu.”

Encik Khairulanwar yang dibesarkan dalam keluarga sederhana dengan dua adik-beradik, mendapat inspirasi mengurus wang daripada cara ibu bapanya mengatasi cabaran kewangan.

Keinginannya untuk mempunyai pendapatan sendiri supaya dapat membalas jasa ibu bapanya menjadi salah satu dorongan utamanya untuk berniaga.

“Sejak zaman sekolah rendah, saya belajar dari pagi hingga malam, kerana saya tahu pendidikan ialah kunci kejayaan,” ujar bekas pelajar Institusi Raffles (RI) itu.

Walaupun menghadapi kegagalan berulang kali dan kerugian melebihi $10,000, setelah meneroka pelbagai perniagaan, semangat dan tekad Encik Khairulanwar untuk berniaga tidak pernah padam.

Setelah menjalani Perkhidmatan Negara (NS), beliau mendalami pengetahuan perniagaan dengan membaca dan mengikuti kursus pada waktu lapang, sebelum menemui minatnya dalam industri fesyen.

Namun, cabarannya tidak berakhir di situ, malah makin bertambah, apabila Okami semakin berkembang.

Antara cabarannya adalah menghadapi sindiran negatif, terutama sekali di akaun Tiktok, Okamiclo, yang kini mempunyai lebih 30,000 pengikut.







“Saya tak sangka masih ada tanggapan negatif terhadap peniaga Melayu.

“Meskipun kata-kata mereka itu menyakitkan, saya belajar untuk tidak mempedulikannya,” ujar Encik Khairulanwar, kini mahasiswa tahun kedua jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Bagi Encik Sheqal, 25 tahun, yang sebelum ini bertugas sebagai kakitangan awam, keputusannya untuk meninggalkan pekerjaan tersebut demi mengejar impian berniaga dan bergabung tenaga dengan Encik Khairulanwar adalah satu langkah berani.

“Ibu saya sentiasa mengatakan bahawa saya mempunyai cita-cita besar, dan beliau berharap dapat menyaksikan saya merealisasikan impian tersebut. Itulah menjadi pendorong utama bagi saya,” ujar Encik Sheqal, lulusan diploma dalam bidang media dari Politeknik Republik (RP) dan mempunyai dua adik-beradik.

Sebagai usaha memberi sokongan kepada usahawan muda, kedua-dua bujang itu memulakan kumpulan ‘The Community’ di Telegram.

Ia merupakan wadah tempat golongan anak muda berkumpul, bertukar pengalaman, dan memberi sokongan tentang pelbagai aspek seperti panduan bersenam, cara meningkatkan disiplin, menguruskan wang dan banyak lagi. Ia kini mempunyai lebih 1,000 anggota.

Selain berkongsi pengalaman perniagaan, ‘The Community’, turut berusaha menjalin hubungan kuat dalam kalangan anggotanya.

Ia mengadakan acara besar seperti perlawanan futsal, dengan lebih 200 peserta menyertainya, serta acara kecil seperti kegiatan laian bersama sekitar 10 orang.

“Tidak peduli seberapa kecil atau besar, kami ingin mempererat ikatan hubungan dalam kalangan komuniti Okami, dengan setiap individu akan berasa diri mereka diterima.

“Ini juga diharap dapat mendorong anggota masyarakat ini untuk mengejar matlamat peribadi atau profesional mereka,” ujar Encik Sheqal mengenai hasrat beliau dan Encik Khairulanwar mengenai penubuhan ‘The Community’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >