Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kami tidak buat kritikan terhadap pemerintah: Lee Hsien Yang beri respons kepada bahas Oxley Road

Jul 05, 2017 | 09:55 PM



PERTIKAIAN mengenai rumah di 38 Oxley Road akan kekal sebagai isu keluarga jika Perdana Menteri Lee Hsien Loong tidak melibatkan agensi pemerintah dan sebuah jawatankuasa menteri "rahsia" untuk "mendapatkan kehendaknya," dakwa adik PM Lee, Encik Lee Hsien Yang, dalam satu catatan Facebook.



"Sedihnya, Lee Hsien Loong yang membabitkan pemerintah dalam pertikaian peribadi," katanya sehari selepas Parlimen membahaskan tuduhan salah guna kuasa oleh PM Lee berkaitan rumah tersebut.



Semasa perbahasan dua hari itu, mantan Perdana Menteri Goh Chok Tong telah mempersoal sama ada dua beradik PM - Encik Lee Hsien Yang dan Dr Lee Wei Ling - berdendam dengan abang mereka tanpa menimbangkan kesannya kepada reputasi Singapura.



Memberi respons beliau, Encik Lee Hsien Yang berkata:



"Kami tidak membuat kritikan terhadap pemerintah Singapura, seperti yang kami jelaskan sejak awal lagi. Apa yang kami katakan ialah kami terganggu dengan perwatakan, tingkah laku, motif dan kepimpinan abang kami, Lee Hsien Loong."



Beliau menambah, PM sepatutnya perlu mematuhi piawaian tinggi yang dituntut terhadap pegawai awam yang lain.



"Untuk memberi bukti bahawa beliau telah gagal menepati piawaian itu bukanlah satu serangan kepada sisterm Singapura, sebaliknya ia adalah untuk memeliharanya," katanya lagi.



Encik Lee Hsien Yang sekali lagi menuduh abangnya menyalah guna kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk memenuhi agenda peribadinya dan beliau serta Dr Lee "rasa terancam" oleh PM selepas kematian bapa mereka perdana menteri pangasas, mendiang Lee Kuan Yew.



Pertikaian adik beradik Lee itu berhubung rumah mendiang Lee di 38 Oxley Road - sama ada ia perlu dirobohkan seperti yang terkandung sebagai salah satu klausa dalam wasiat mantan pm pengasas itu.



Di Parlimen Selasa (4 Julai), PM Lee berkata perbahasan dua hari telah menunjukkan beliau dan pemerintahnya telah bertindak dengan betul, mengikut proses, kerana tiada Anggota Parlimen yang mengemukakan fakta tambahan atau bukti terhadap dakwaan yang dilemparkan.



Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap pertikaian keluarganya itu, dan berharap beliau dan dua adiknya dapat satu hari nanti berbaik semula. 



 



 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >