Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal persiaran 'Dream Cruise' henti operasi

Mar 02, 2022 | 06:22 AM



KAPAL persiaran World Dream Cruises, salah satu daripada dua kapal yang memulakan pelayaran "cruise to nowhere" di sini pada 2020, akan berhenti beroperasi selepas ia kembali ke pantai Singapura hari ini.



Pengendalinya mengatakan ia tidak lagi mempunyai kapasiti kewangan untuk menangani perkhidmatan, lapor akhbar The Straits Times (ST) .



Lonceng 'maut' yang dibunyikan kelmarin telah dinantikan dan digeruni selama lebih sebulan, selepas Dream Cruises berkata buat pertama kali bahawa ia akan menangguhkan penjualan tiket selama dua minggu pada 23 Januari, selepas syarikat induknya, Genting Hong Kong, difailkan di Mahkamah Agung Bermuda.



Berikutan kenyataan Genting Hong Kong kelmarin, mereka yang telah membayar deposit untuk pelayaran berjadual selepas hari Rabu, perlu mengemukakan tuntutan kepada syarikat itu, walaupun ini masih belum tentu akan berjaya.



"Syarikat itu sekarang sedang menilai kesan pemberhentian operasi World Dream, khususnya keupayaannya untuk memenuhi potensi tuntutan bayaran balik," kata Genting Hong Kong.



"Walaupun usaha berterusan untuk mendapatkan dan memperkenalkan pembiayaan luar, kecairan syarikat terus merosot memandangkan ketiadaan pendapatan operasi yang mampan di bawah keadaan semasa yang mencabar dan dalam menghadapi tekanan pemiutang yang semakin meningkat serta menimbulkan ancaman serta-merta kepada operasi kapal itu."



Pada tahun pertama pandemik, pelayaran 'cruise to nowhere", dipanggil sedemikian kerana ia membuat perjalanan pergi dan balik di lautan tanpa pelabuhan, merupakan salah satu peluang pertama bagi rakyat Singapura memenuhi sebahagian keinginan mereka untuk belayar.



Dilancarkan pada November 2020, bersama kapal "cruise to nowhere" yang lain, Quantum of the Seas Royal Caribbean International, lebih 82,000 orang telah belayar maenaiki kedua-dua kapal ini pada awal Mac tahun lalu.



Daripada jumlah penumpang "cruise to nowhere", World Dream Dream Cruise telah menyumbang kira-kira 60 peratus. Namun, sekatan Covid-19 terus mengehadkan kapasiti dan bilangan penumpang masih jauh untuk kapal membuat panggilan pelabuhan di pulau berdekatan.



Genting Hong Kong memiliki Star Cruises dan laluan Dream Cruises yang mewah, yang melayari Asia-Pasifik, serta laluan Crystal Cruises yang mewah, beribu pejabat di Miami, Florida.



Mereka yang ingin mengemukakan tuntutan harus melampirkan pengesahan tempahan dan rekod pembayaran mereka serta e-mel ProjectGenting@alvarezandmarsal.com untuk penilaian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >